Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
31 pengadil tambahan dari Tawau pada Sukan Sabah
Published on: Sunday, March 02, 2025
Published on: Sun, Mar 02, 2025
By: GL Oh
Text Size:
Text:
31 pengadil tambahan dari Tawau pada Sukan Sabah
ANTHONY (kanan) bersama Chris di Cabaran Antarabangsa Singapura.
Kota Kinabalu: Acara badminton pada Sukan Sabah yang dijadual berlangsung di Tawau hujung tahun ini dijangka mendapat manfaat dengan penambahan 31 pegawai dari daerah itu yang menghadiri kursus pengadil badminton pada Januari lalu.

Datuk Anthony Linggian yang mengendalikan kursus itu berkata ilmu yang dipelajari oleh mereka akan menjadi kelebihan kepada Tawau sebagai tuan rumah temasya dwitahunan itu.

Advertisement
“Kami sentiasa memastikan latihan dan mengutamakan pembangunan pegawai teknikal.

“Ini kerana mereka mengawal permainan badminton di gelanggang dan perlu mengekalkan standard rasmi yang tinggi secara konsisten untuk memastikan perlawanan yang adil, dikawal oleh undang-undang dan peraturan,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurutnya, Sabah kini mempunyai 72 pengadil berdaftar BAM (Persatuan Badminton Malaysia) dan ada yang akan mendapatkan kad rasmi mereka dalam masa terdekat selain kit pengadil selepas pembayaran yuran pendaftaran.

Anthony menambah, Hazlifah Farhana Ahmat, Rosli Junaidi dan Salleh Gudat, kesemuanya dari Semporna yang telah dinilai olehnya pada Kejohanan Tertutup Sabah pada 2023, akan menerima kit pengadil pendaftaran sebagai pengadil bertauliah BAM tidak lama lagi. 

Advertisement
Anthony turut menyeru mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan untuk berhubung terus dengannya di talian 0128330666 atau Setiausaha Persatuan Badminton Sabah (SBA) Rechine Jikah di talian 0108853911.

Sementara itu, pengerusi jawatankuasa teknikal SBA yang juga ahli jawatankuasa teknikal BAM telah ditugaskan oleh Badminton Asia (BA) sebagai penilai pengadil pada Cabaran Antarabangsa Singapura minggu lepas untuk menilai pengadil kejohanan Chris Yip dari Hongkong untuk naik taraf kepada status pengadil bertauliah BA.

Advertisement
Beliau turut mendedahkan bahawa lebih banyak kursus pengadil dijadualkan akan berlangsung di Kota Kinabalu, Pitas, Lahad Datu, Beaufort dan Tenom sebelum peperiksaan teori pengadil bertauliah BAM pada bulan Ogos.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here