Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Kelab RYFC anjur Program Asas Penjaga Gol  
Published on: Sunday, March 02, 2025
Published on: Sun, Mar 02, 2025
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Kelab RYFC anjur Program Asas Penjaga Gol  
Jurulatih Austin Orou, bekas penjaga gol Sabah FA yang bermain dalam kancah bola sepak Malaysia selama 10 tahun (1992–2002).
RANAU: Dalam usaha melahirkan bakat-bakat bola sepak daerah yang berkualiti tinggi, Kelab RYFC Ranau akan menganjurkan Program Asas Penjaga gol Belia dan Akar Umbi pada 19 April 2025 di Kompleks Sukan Ranau.

Program ini direka khas untuk penjaga gol muda yang ingin mempelajari teknik dan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi benteng terakhir yang kuat dalam pasukan mereka.Penjaga gol sering dianggap sebagai posisi yang memerlukan kemahiran luar biasa, ketangkasan yang tinggi, dan ketangguhan mental yang kuat.

Advertisement
Bagaimanapun, di peringkat akar umbi, latihan khusus untuk penjaga gol sering diabaikan menyebabkan ramai pemain tidak mendapat pendedahan dan latihan secukupnya.

Program ini dibentangkan sebagai inisiatif mengisi kekosongan dan memberi latihan profesional kepada bakat muda yang ingin mengasah potensi mereka.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Program ini merupakan salah satu inisiatif yang dianjurkan oleh Kelab RYFC Ranau, sebagai sebahagian daripada usaha kelab dalam memperkasa latihan khusus untuk penjaga gol di daerah Ranau, selain membuka peluang kepada peserta dari daerah lain yang berminat untuk menyertainya,” menurut Pengurus Kelab RYFC itu.

Program ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh jurulatih Austin Orou, bekas penjaga gol Sabah FA yang bermain dalam kancah bola sepak Malaysia selama 10 tahun (1992–2002).

Advertisement
Sepanjang kariernya, Austin telah membantu pasukan Sabah FA mencapai banyak kejayaan besar, antaranya, Naib Johan Piala Presiden 1993, Juara Piala FA Malaysia 1995, Juara Liga Perdana Malaysia 1996, Naib Juara Piala Malaysia 1996 & 2002, Juara Piala Sumbangsih 1996 (Sabah lwn Singapura) dan jurulatih penjaga gol pasukan kebangsaan wanita. 

Dengan pengalaman luasnya dalam dunia bola sepak profesional dan kejurulatihan, Austin akan membimbing peserta dalam semua aspek penting seorang penjaga gol, termasuk teknik asas, taktik permainan, serta persediaan mental dan fizikal untuk menghadapi cabaran di atas padang.

Advertisement
Program ini menawarkan modul latihan komprehensif yang merangkumi pelbagai aspek penjaga gol, termasuk, teknik menangkap dan kawalan bola, iaitu cara menangkap bola dengan betul dalam pelbagai situasi.

Teknik asas dan lanjutan juga akan diajar agar penjaga gol tidak mudah melakukan kesilapan, selain itu, latih tubi refleks penjaga gol dan reaksi pantas yang diperlukan serta mempunyai refleks yang tajam bagi menyelamatkan bola dalam situasi genting.

Latihan ini akan membantu mereka meningkatkan tindak balas pantas terhadap percubaan dan pergerakan lawan.

Kedudukan dan kawalan kotak penalti turut didedahkan bagi membantu peserta memahami cara berada dalam posisi terbaik bagi mengurangkan ruang percubaan lawan dan meningkatkan keberkesanan dalam menyelamatkan bola.

Situasi dan simulasi padanan, di mana setiap peserta akan menjalani latihan dalam persekitaran perlawanan sebenar untuk menguji kemahiran mereka dalam situasi tekanan tinggi turut diadakan. Menurut Austin, penjaga gol adalah pemain terakhir dalam pertahanan pasukan, dan mereka perlu mempunyai mentaliti yang kuat, ketahanan yang tinggi, dan keyakinan diri, aspek ini akan diterapkan dalam sesi kejurulatihan ini.

Menurut Ketua Jurulatih Kelab RYFC, Keiru Jumin, penjaga gol memerlukan latihan khas yang sering diabaikan di kebanyakan akademi dan kelab bola sepak akar umbi.

“Banyak pasukan memberi tumpuan kepada pemain posisi lain, tetapi penjaga gol juga memerlukan latihan yang sistematik.

“Mereka adalah benteng terakhir pasukan dan boleh menjadi perbezaan antara kemenangan atau kekalahan. Program ini direka untuk membantu mereka menguasai teknik yang betul dan bersedia untuk menghadapi cabaran yang lebih besar.

“Pengambilan jurulatih baharu Kelab RYFC juga dibuka, buat masa ini kami membuka pendaftaran jurulatih baharu bermula dari umur 7 hingga 15 tahun. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya (Keiru) atau Lady,” katanya.

Program ini terbuka kepada semua penjaga gol muda, ibu bapa yang ingin melihat anak-anak mereka berkembang dalam bola sepak, serta kelab atau akademi yang ingin meningkatkan kualiti penjaga gol dalam pasukan mereka. Yuran penyertaan hanya RM100 termasuk sijil penyertaan sebagai pengiktirafan rasmi kepada peserta.

Makanan dan minuman tidak disediakan, jadi peserta dinasihatkan membawa bekalan sendiri sepanjang sesi latihan. Pendaftaran kini dibuka dan tempat adalah terhad.

“Jika anda seorang penjaga gol yang ingin meningkatkan kemahiran anda atau jurulatih yang ingin memberikan latihan khas kepada pemain anda, ini adalah peluang terbaik untuk mengambil langkah pertama ke arah kejayaan. Untuk pertanyaan atau pendaftaran, sila hubungi pihak penganjur iaitu Kelab RYFC di talian 011-25110248 atau 016-8361863,” katanya.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here