Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Gelanggang futsal dinaik taraf
Published on: Sunday, March 02, 2025
Published on: Sun, Mar 02, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Gelanggang futsal dinaik taraf
GEORGE (tengah) bersama-sama belia yang menyertai pertandingan futsal terbuka DUN Karamunting. 
SANDAKAN: Gelanggang futsal Kampung Karamunting kini dinaik taraf bagi memberikan kemudahan lebih baik kepada masyarakat setempat, khususnya golongan belia.  

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin berkata, inisiatif naik taraf itu melibatkan pembinaan dinding dan kerja-kerja mencantikkan gelanggang. 

Advertisement
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Batu Sapi, Khairul Firdaus Akbar Khan turut menyumbang dengan menambah sebuah bumbung bagi keselesaan pemain.  

“Saya berharap gelanggang ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan belia dan dijaga dengan baik, termasuk memastikan kebersihannya sentiasa terpelihara.  

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita mahu melihat lebih ramai belia terlibat dalam aktiviti sukan kerana ia bukan sahaja menyihatkan, tetapi juga dapat mengelakkan mereka daripada terjebak dalam gejala sosial yang tidak sihat,” katanya.  

George berkata demikian selepas merasmikan pertandingan futsal terbuka DUN Karamunting yang berlangsung di gelanggang berkenaan,baru-baru ini. 

Advertisement
Beliau turut menggalakkan penduduk setempat untuk menggunakan kemudahan yang disediakan dan bersama-sama menjaga gelanggang itu agar terus berada dalam keadaan terbaik untuk kegunaan semua.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here