Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Armizan: Segera laksana projek pengambilan air tambahan 
Published on: Sunday, March 02, 2025
Published on: Sun, Mar 02, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Armizan: Segera laksana projek pengambilan air tambahan 
Bagaimanapun, katanya, Armizan mahu penyelesaian segera terhadap isu berkenaan kerana sumber bekalan air di daerah ini tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan penduduk.
PAPAR: Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali menggesa pihak bertanggungjawab supaya segera melaksanakan projek pengambilan air tambahan kedua di kawasan ini.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor pada tahun lalu telah mengumumkan peruntukan untuk projek itu, namun sehingga kini pembinaannya belum bermula.

Advertisement
“Kementerian Kewangan telah melantik satu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk buat (projek itu).

“Tetapi saya dapat maklum balas, kerja-kerja di lapangan belum bermula. Jadi saya harap GLC berkaitan akan memulakannya sebab ini (projek) sangat penting untuk rakyat Papar.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Projek ini penting bagi mengatasi masalah kekeruhan air melampau di lokasi pengambilan air sedia ada, jadi bagi saya, projek ini tidak terlampau sukar berbanding Projek Loji Rawatan Air di Kogopon.

“Saya akan sentiasa pantau pelaksanaan projek ini untuk memastikan ia siap,” katanya ketika ditemui di Program Advokasi Sara Hidup dan Pembukaan Akaun Bank Penerima Bantuan Syukur Parlimen Papar, di sini, Khamis lepas.

Advertisement
Beliau mengulas isu air di Papar dan peringatan Jabatan Air Negeri Sabah (JPNS) tentang masalah air yang bakal berlaku pada awal Ramadan ini.

Terdahulu, Papar sebelum ini khususnya ketika Ramadan tahun lalu berdepan krisis bekalan air hingga menyebabkan sebahagian besar penduduk terjejas teruk.

Advertisement
Armizan berkata, terdapat dua punca kepada masalah yang berlaku di daerah ini tahun lalu iaitu berakhirnya musim Monsun Timur Laut (MTL) dan fenomena El-Nino yang melanda ketika itu.

“Dan tahun ini, fenomena El Nino dijangka tidak berlaku, jadi mungkin ada gangguan (bekalan air) juga tetapi tidak seteruk sebagaimana yang berlaku tahun lepas,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau mahu penyelesaian segera terhadap isu berkenaan kerana sumber bekalan air di daerah ini tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan penduduk.

Katanya, Papar memerlukan sehingga 92 juta liter sehari (JLH) namun sumber air yang mampu dibekalkan hanya 62 juta JHL, ditambah lagi dengan isu kadar Air Tidak Berhasil (NRW) disebabkan paip bocor dan sebagainya.

“Jadi saya cuba dapatkan penyelesaian. Alhamdulillah dalam tempoh satu tahun kita dapat peruntukan untuk projek Loji Rawatan Air (LRA) Kogopon yang kini sudah 31 peratus pelaksanaannya.

“Cuma saya tiada ‘lampu ajaib’ supaya ia siap sekelip mata dan perlu tempoh tiga tahun untuk siap sepenuhnya. Kita juga akan pasang telaga tiub dan tangki statik di beberapa lokasi jika berlaku lagi gangguan air nanti.

“Antaranya di Seri Kinarut, PPR Segindai, Puncak Gloxinia untuk telaga tiub, selain tangki-tangki statik di fasiliti awam yang ada di kampung-kampung,” katanya.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here