Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Penduduk mahu kenderaan berat disekat masuk Kolopis
Published on: Sunday, March 02, 2025
Published on: Sun, Mar 02, 2025
By: Jinni Juanis
Text Size:
Text:
Penduduk mahu kenderaan berat disekat masuk Kolopis
PEMANDANGAN seperti ini kerap dilihat di jalan Kolopis yang sempit tetapi banyak lori besar melaluinya.
PENAMPANG: Penduduk Kampung Kolopis mengulangi rayuan mereka kepada pihak berkuasa tempatan dan agensi penguatkuasa agar bertindak mengurangkan kemasukan jentera berat melalui jalan kampung itu yang sempit, sebelum kemalangan jalan raya berlaku.

Ketua Kampung Verus Niun berkata, kejadian sebuah lori besar merempuh lebih 14 kenderaan di jalan raya dekat SK Tansau Putatan pada Jumaat pagi harus dijadikan iktibar semua, terutama pihak yang mempunyai kuasa untuk melakukan perubahan.

Advertisement
“Marilah kita ambil iktibar dengan kemalangan ngeri di mana lori besar merempuh deretan kereta yang diletak di tepi jalan raya yang sempit di sekolah rendah itu,” katanya ketika dihubungi Harian Ekspres pada Jumaat.

Dalam kejadian itu, polis mengesahkan lori berat itu merempuh 14 kenderaan iaitu 13 motokar, dua jip dan sebuah motosikal. Pemandu dipercayai hilang kawalan dan merempuh kenderaan yang diletak di tepi jalan di hadapan SK Tansau Putatan.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here