Kota Kinabalu: Pengerusi Institut Pembangunan Sabah (IDS) Datuk Seri Azizah Datuk Seri Mohd Dun berkata penyertaan wanita boleh membantu mengalihkan norma dan sikap budaya terhadap peranan jantina, khasnya dalam usaha mewujudkan masyarakat saksama tanpa melihat perbezaan jantina.
“Kita menyaksikan peningkatan ketara dalam penyertaan wanita di pelbagai sektor seperti ekonomi, sosial, politik dan sebagainya.
“Wanita pegang peranan di rumah sebagai pengurus keluarga dan wanita juga pegang jawatan strategik dalam organisasi, memimpin syarikat besar dan membentuk dasar penting negara.
“Baru-baru ini, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Disember 2024 menjelaskan, ada peningkatan dalam penyertaan wanita dalam jawatan pengurusan, daripada 23.8 peratus (2023) kepada 25.4 peratus (2024), sekali gus memberi isyarat bahawa masih banyak ruang yang boleh ditingkatkan, serta menambahbaik prestasi yang membanggakan,” katanya.
Advertisement





