Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Rampasan lebih RM21 juta di Keningau membabitkan rokok seludup dan tujuh kenderaan pelbagai jenama
Published on: Monday, March 03, 2025
Published on: Mon, Mar 03, 2025
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Rampasan lebih RM21 juta di Keningau membabitkan rokok seludup dan tujuh kenderaan pelbagai jenama
ANTARA rokok seludup yang dirampas dalam serbuan itu.
KENINGAU: Polis merampas sejumlah 871 kotak rokok seludup bernilai kira-kira RM21,188,688 serta tujuh kenderaan pelbagai jenama dalam serbuan Ops Taring Daratan yang dijalankan oleh PGA BN21.  

Serbuan dilakukan di sebuah gudang tidak berdaftar di Jalan Patikang Ulu, di sini, pada 28 Februari jam 10.30 pagi.

Advertisement
Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai, berkata seramai 23 anggota polis, termasuk tiga pegawai kanan, menyerbu lokasi it dan menahan seorang suspek lelaki berusia 62 tahun yang dipercayai penjaga gudang terbabit.

Berdasarkan maklumat suspek, polis kemudian menyerbu sebuah ladang kelapa sawit tidak berdaftar di Jalan Mongitom Bunga Raya Kikiran, di sini, yang dijadikan tempat penyimpanan pelbagai jenis rokok yang dipercayai tidak bercukai.

Antara kenderaan yang dirampas. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
 Tujuh lelaki Indonesia berusia antara 19 hingga 37 tahun, yang bekerja sebagai pembantu kedai dan pengedar rokok seludup, juga ditahan.

Semua tahanan serta barang rampasan dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau untuk siasatan lanjut.  

Advertisement
“Siasatan awal mendapati semua suspek mengaku penglibatan mereka dan terlibat penyeludupan rokok selama kira-kira lima bulan, bermula sejak awal Oktober 2024,” kata Yampil.  

Katannya, kesemua suspek adalah pekerja yang bertanggungjawab mengedarkan rokok seludup di bawah arahan seorang lelaki Cina yang dikenali dengan nama samaran “Meng”.  

Advertisement
Siasatan lanjut mendapati gudang terbabit dijadikan sebagai transit sebelum rokok seludup dipindahkan ke ladang sawit untuk penyimpanan sementara sebelum diedarkan ke pasaran sekitar Keningau.  

“Soal siasat awal terhadap suspek mendapati mereka dibayar gaji harian sebanyak RM50 dan bekerja dari jam 9 pagi hingga 7 petang setiap hari,” katanya.  

Sementara itu, pada hari sama jam 5.30 petang, satu lagi serbuan berkaitan risikan barang seludup dilakukan di sebuah premis yang terletak di 83-B3, Jalan Apin-Apin, di sini.

Hasil pemeriksaan ke atas sebuah bilik di rumah tersebut, pihak polis menemui pelbagai jenis minuman keras yang disyaki tidak bercukai. 

Seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun ditahan, dan pihak berkuasa merampas Carlsberg Danish Pilsner (250 karton), Sirene (30 karton), dan Roku Jin (12 botol) bernilai RM87,801.21.  

Suspek dan barang rampasan dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Keningau untuk siasatan lanjut.  

Siasatan awal mendapati suspek mengaku sebagai seorang ‘runner’ yang terlibat dalam pengedaran minuman keras haram selama kira-kira tiga bulan.  

Suspek bekerja di bawah arahan seorang lelaki Cina yang hanya dikenali sebagai “Ah Hao” dan bertanggungjawab menghantar minuman keras seludup, yang disimpan di lokasi tersebut sebelum dijual secara borong di kawasan Keningau.  

Siasatan lanjut mendapati rumah yang digunakan untuk penyimpanan itu dimiliki oleh seorang lelaki Cina dan tidak berdaftar atas nama suspek yang ditahan. Minuman keras seludup tersebut disimpan di rumah itu berdasarkan perjanjian sewa dengan “Ah Hao.”  

Suspek dibayar gaji harian sebanyak RM60 dan bekerja dari jam 7.30 pagi hingga 7 petang setiap hari. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here