Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Kanak-kanak, 10, cedera tong gas LPG meletup
Published on: Monday, March 03, 2025
Published on: Mon, Mar 03, 2025
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Kanak-kanak, 10, cedera tong gas LPG meletup
KANAK-KANAK lelaki itu cedera di muka akibat kejadian berkenaan.
Tuaran: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sepuluh tahun cedera selepas tong gas petroleum cecair (LPG) di dapur kediamannya di Kampung Berungis di sini meletup, Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohammad Nor Amit berkata, pihak bomba  menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 2.32 petang.

Advertisement
Katanya, seramai 15 anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi dengan satu jentera dan satu kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati kanak-kanak yang cedera sudah dihantar oleh orang awam ke hospital berhampiran.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Berdasarkan pemeriksaan awal, berkemungkinan terdapat kebocoran pada hos gas dan mangsa yang tinggal sendirian menghidupkan soket peti sejuk lalu mengakibatkan percikan berlaku,” katanya dihubungi.

Menurut Mohammad Nor, mangsa kini menjalani rawatan di hospital Tuaran akibat kecederaan pada bahagian muka dialaminya.

Advertisement
“Pasukan bomba turut menjalankan pemeriksaan di lokasi bagi mengelak bahaya lain.

“Operasi ditamatkan pada jam 2.40 petang kemudian,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here