Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tamu Desa Tenghilan bernilai RM200,000 mulai beroperasi
Published on: Monday, March 03, 2025
Published on: Mon, Mar 03, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Tamu Desa Tenghilan bernilai RM200,000 mulai beroperasi
Tuaran: Tamu Desa Pekan Tenghilan bernilai RM200,000 yang siap sepenuhnya pada September tahun lepas mula beroperasi, sekali gus menjadi tamu desa ke-93 di Sabah dan Sarawak.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick (gambar) berkata projek Bina Baharu Infrastruktur Tamu Desa itu dilaksanakan Kerajaan Madani melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) di Sabah dan Sarawak pada tahun lepas.

Advertisement
“Tamu Desa ini adalah sebahagian daripada inisiatif di bawah Dasar Pandang Ke Timur Dalam Negara yang saya laksanakan di Kuskop, yang antara lain memberi fokus tambahan kepada kedua-dua negeri itu tanpa menjejaskan fokus sedia ada kementerian di seluruh negara.

“Bermula tahun lepas, Kerajaan Madani telah memperuntukkan sejumlah dana dalam Belanjawan 2024 untuk memulakan pembinaan premis Tamu Desa. Pembinaan Tamu Desa ini menggunakan konsep yang berlainan, sama ada berkonsep gerai atau dewan terbuka dan dibina baharu atau menaik taraf tamu sedia ada,” katanya ketika berucap merasmikan Tamu Desa berkenaan di sini pada Sabtu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ewon berkata pelaksanaan Projek Tamu Desa di Sabah dan Sarawak adalah sebahagian daripada usaha kerajaan melalui Kuskop, yang memberikan fokus tambahan kepada kedua-dua negeri itu.

“Selain itu, kita juga memperkenalkan Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) Plus iaitu geran khusus untuk usahawan bumiputera Sabah dan Sarawak

Advertisement
“Pada tahun lepas, kementerian telah menyalurkan pembiayaan kepada 113 syarikat di Sabah dan 50 syarikat bumiputera di Sarawak melibatkan nilai geran lebih RM13 juta.

“Ini adalah sebahagian daripada tuntutan rakyat Sabah dan Sarawak khususnya usahawan yang disediakan Kuskop,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata tahun ini, kementeriannya akan meneruskan BEEP Plus dan pelaksanaan Premis Tamu Desa di kedua-dua negeri berkenaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here