Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Perluas bantuan e-Kasih kepada mangsa bencana: Upko
Published on: Tuesday, March 04, 2025
Published on: Tue, Mar 04, 2025
Text Size:
Text:
Perluas bantuan e-Kasih kepada mangsa bencana: Upko
Mohina, yang juga Ketua Bahagian Upko Kinabatangan berkata, kerajaan harus menilai semula dan melonggarkan kriteria pemilihan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat negeri ini. 
SANDAKAN: Kerajaan perlu mengkaji semula kriteria pemberian eKasih dengan memperluaskan bantuan kepada rakyat yang terjejas akibat bencana seperti kebakaran atau banjir sehingga menyebabkan kehilangan tempat tinggal.

Ketua Wanita Upko Pusat, Mohina Ronnie Sidom berkata, beliau menerima banyak aduan daripada individu yang berdepan kesukaran untuk mendapatkan bantuan kerana tidak tersenarai dalam program e-Kasih.

Advertisement
Katanya, mengikut rekod sehingga Februari lalu, terdapat 72,058 ketua isi rumah (KIR) yang didaftarkan sebagai miskin dan miskin tegar dalam e-Kasih di negeri ini.

“Apabila berlaku bencana seperti kebakaran, ada yang tidak dapat menerima bantuan sewajarnya, termasuk bantuan untuk membina semula atau membaik pulih rumah serta program pemberian rumah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Hal itu disebabkan mereka tidak tersenarai dalam daftar e-Kasih,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohina, yang juga Ketua Bahagian Upko Kinabatangan berkata, kerajaan harus menilai semula dan melonggarkan kriteria pemilihan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat negeri ini. 

Advertisement
Katanya, kerajaan negeri juga disarankan agar memastikan Program Rumah Mesra Rakyat Sabah Maju Jaya (SMJ), yang dilancarkan di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), dilaksanakan secara telus.

“Kita perlu memastikan rakyat yang terlibat dalam musibah ataupun kesusahan tetapi tidak tersenarai, turut diberi perhatian. “Saya percaya, ramai lagi rakyat yang dalam berada keadaan sukar akibat musibah tetapi terpinggir kerana tidak tersenarai dalam e-Kasih,” tambahnya.

Advertisement
Mohina berkata, usaha ini memerlukan kerjasama di semua peringkat antara pemimpin akar umbi dan agensi kerajaan.

Katanya, ia bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar layak dan memerlukan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here