Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Jabatan Penjara kesan sindiket minta wang untuk makanan istimewa penghuni
Published on: Wednesday, March 05, 2025
Published on: Wed, Mar 05, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Jabatan Penjara kesan sindiket minta wang untuk makanan istimewa penghuni
Menurut kenyataan itu, ahli keluarga atau waris dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang transaksi wang kepada individu atau nombor akaun yang tidak dikenali dan membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran sekiranya menerima pesanan ringkas mencurigakan serta melaporkannya kepada jabatan untuk tindakan lanjut. - FOTO ihsan: Facebook Jabatan Penjara Malaysia.
Kuala Lumpur: Jabatan Penjara Malaysia mengesan penipuan oleh sindiket yang menyamar sebagai pegawai penjara meminta sejumlah wang daripada keluarga dan waris penghuni penjara bagi membeli makanan istimewa.

Dalam kenyataan hari ini, Jabatan Penjara Malaysia memaklumkan kegiatan itu dikesan setelah pihak jabatan menerima beberapa aduan daripada mangsa yang menerima pesanan ringkas tersebut menggunakan pelbagai nombor telefon mudah alih melalui aplikasi WhatsApp.

Advertisement
“Sindiket penipuan tersebut dilaporkan menyamar sebagai pegawai penjara menggunakan nama samaran palsu seperti Sarjan Haziq, Sarjan Akmal, Sarjan Nazri, Sarjan Zul, Sarjan Sani, SJN Zam dan pelbagai nama samaran lain bertujuan memperdaya ahli keluarga atau waris prospek.

“Sindiket penipuan ini juga menggunakan beberapa akaun bank tumpangan bagi transaksi wang daripada ahli keluarga atau waris prospek,” menurut kenyataan itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Berikutan itu, keluarga mangsa yang terlibat telah membuat laporan polis dan Jabatan Penjara Malaysia akan bekerjasama dalam membantu siasatan.

Menurut kenyataan itu, ahli keluarga atau waris dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang transaksi wang kepada individu atau nombor akaun yang tidak dikenali dan membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran sekiranya menerima pesanan ringkas mencurigakan serta melaporkannya kepada jabatan untuk tindakan lanjut.

Advertisement
Jabatan Penjara Malaysia memaklumkan pihak jabatan tidak akan berkompromi sekiranya terdapat unsur kecuaian atau kelemahan prosedur semasa melaksanakan tugas dan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak bertanggungjawab.

“Jabatan Penjara Malaysia komited dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan prospek serta keluarga mereka daripada menjadi mangsa penipuan.

Advertisement
“Orang ramai diminta untuk sentiasa berwaspada dan tidak terperdaya dengan taktik licik sindiket penipuan yang menyalahgunakan nama jabatan ini untuk kepentingan peribadi,” menurutnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here