Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
KDM akan bincang hala tuju, teruskan perjuangan parti: Wetrom
Published on: Thursday, March 06, 2025
Published on: Thu, Mar 06, 2025
By: Jinni Juanis
Text Size:
Text:
KDM akan bincang hala tuju, teruskan perjuangan parti: Wetrom
Wetrom dan McKery
Kota Kinabalu: Satu mesyuarat Pimpinan Tertinggi Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) akan diadakan bagi membincangkan hala tuju  parti itu, berikutan hukuman penjara dan denda dikenakan ke atas Presiden KDM Datuk Peter Anthony, pada Selasa.

Timbalan Presiden KDM Datuk Wetrom Bahanda berkata, mesyuarat itu akan diadakan dalam masa terdekat dan meminta semua penyokong KDM di seluruh Sabah supaya bertenang dan terus memberikan sokongan padu kepada parti itu.

Advertisement
“Segala perancangan yang dibuat presiden dan pimpinan tertinggi parti sebelum ini akan diteruskan, termasuklah perjuangan kami dalam Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) nanti,” katanya dalam satu kenyataan mengulas keputusan mahkamah itu.

Ahli Parlimen Kota Marudu itu berkata, beliau bersama pimpinan tertinggi dan semua pimpinan KDM di semua peringkat akan terus berjuang bersama rakyat Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, apa yang berlaku kepada presiden parti itu tidak bermakna perjuangan parti ini akan berhenti, tetapi mereka bertekad untuk lebih bersemangat meneruskan perjuangan demi kesejahteraan masyarakat dan masa depan Sabah.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here