Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
KKR peruntuk RM7.71juta untuk penyelenggaraan rutin di Sandakan
Published on: Friday, March 07, 2025
Published on: Fri, Mar 07, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
KKR peruntuk RM7.71juta untuk penyelenggaraan rutin di Sandakan
Vivian juga meminta Kementerian Kerja Raya menjalankan audit keselamatan jalan raya di kawasan Batu 5, Jalan Utara Sandakan memandangkan kemalangan  sering berlaku di lokasi itu.
SANDAKAN: Kementerian Kerja Raya (KKR) telah memperuntukkan sebanyak RM7.71 juta untuk tujuan penyelenggaraan rutin di kawasan Sandakan dari 2023 sehingga 2025. 

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ini termasuk kerja-kerja selenggara kawasan laluan jalan (pavement), pemotongan rumput, bahu jalan, dan perabot jalan.

Advertisement
“Selain itu, ia termasuk penyelenggaraan jambatan, pembetung dan longkang yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi berdasarkan skop kerja yang telah ditetapkan.

“Dalam tempoh itu, kerajaan juga memperuntukkan RM53.149 juta untuk kerja berkala laluan jalan melibatkan 25 projek; RM6.6 juta untuk kerja berkala bukan laluan jalan melibatkan 12 projek; RM1.109 juta untuk kerja elektrik melibatkan enam projek; dan RM8.78 juta untuk cerun, melibatkan 3 projek,” katanya. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Alexander menjawab soalan Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee semasa sesi sidang parlimen di Kuala Lumpur, pada Khamis. 

Terdahulu, Vivian mahu kementerian itu menyatakan mengenai belanjawan dan pelaksanaan penyelenggaraan jalan persekutuan dan lampu jalan yang dilaksanakan di Sandakan sehingga kini.

Advertisement
Dalam sesi pertanyaan sama, Vivian juga bertanya jadual khusus untuk penyelenggaraan lampu jalan di kawasan Sandakan. 

Alexander berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) Sandakan pada masa ini menjalankan penyelenggaraan lampu jalan setiap satu hingga dua bulan, dan kerja-kerja tersebut dilakukan pada waktu malam.

Advertisement
“Berdasarkan pemeriksaan, JKR Sabah telah menjalankan pembaikan lampu jalan di kawasan selekoh pada 2024, dan telah berhubung dengan Majlis Perbandaran Sandakan untuk menyelesaikan masalah dahan pokok yang menghalang pencahayaan lampu jalan,” katanya. 

Selain itu, pihaknya juga akan menambah kemudahan papan tanda yang sesuai di kawasan selekoh tersebut.

Vivian juga meminta Kementerian Kerja Raya menjalankan audit keselamatan jalan raya di kawasan Batu 5, Jalan Utara Sandakan memandangkan kemalangan  sering berlaku di lokasi itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here