Kota Kinabalu: Sedafiat Sdn Bhd tetap teguh dalam komitmennya untuk menyokong Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terbaik, efisien, serta memberikan keutamaan kepada pesakit, demi kesejahteraan masyarakat di Sabah.
Ketua Pegawai Eksekutif Sedafiat, Datuk Awang Buhtamam Awang Mahmun berkata Sedafiat akan sentiasa membuat inisiatif untuk menentukan tujuh perkhidmatan yang dipertanggungjawabkan dipenuhi sebaik mungkin.
Beliau berkata ini termasuk melalui pengurusan fasiliti hospital yang sistematik dan teratur dengan memastikan penyelenggaraan dan penjagaan infrastruktur hospital, termasuk menguruskan pelupusan sisa bioperubatan, selaras dengan peraturan alam sekitar.
“Selain itu, kami akan memastikan perkhidmatan asas seperti kebersihan bilik pesakit, sanitasi, pembersihan linen dan perkhidmatan logistik dilaksanakan dengan teliti untuk meningkatkan kebajikan pesakit,” tegasnya.
Advertisement





