Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Juliah santuni anak yatim, asnaf dalam program ‘Shopping Raya’
Published on: Saturday, March 08, 2025
Published on: Sat, Mar 08, 2025
Text Size:
Text:
Juliah santuni anak yatim, asnaf dalam program ‘Shopping Raya’
JULIAH, Awang, Dexter dan Redonah bersama anak-anak yatim dan asnaf pada Program ‘Shopping Raya’ di Servay Hypermarket Inanam.
Kota Kinabalu: Seramai 100 anak yatim dan asnaf dari kawasan Parlimen Tuaran disantuni dalam Program ‘Shopping Raya’ di Servay Hypermarket Inanam dekat sini pada Jumaat.

Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (Mutiara GRS) menghadiri majlis itu dan penyantuni kanak-kanak tersebut.

Advertisement
Anak-anak yatim dan asnaf yang terlibat berusia 12 tahun ke bawah dari 4 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun). Setiap seorang menerima sumbangan berupa pakaian dan kasut Hari Raya bernilai RM200.

Program itu dianjurkan oleh Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dan syarikat Kim Teck Cheong (KTC) Consolidated Berhad dengan kerjasama Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bercakap kepada pemberita di majlis itu, Juliah berkata, program itu amat bermakna dan memberi keceriaan serta kegembiraan kepada anak-anak yatim dan asnaf menjelang ketibaan Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, kanak-kanak dan keluarga mereka begitu bersyukur dan senang hati apabila dibawa membeli pakaian dan keperluan untuk menyambut Hari Raya.

Advertisement
Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada UPPM, KTS dan Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat kerana berganding bahu menjayakan program tahunan itu.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Ketua Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), Datuk Haji Awang Kadin Tang, Pengarah Eksekutif KTC, Datuk Dexter Lau dan isteri Datin Yee Tsai Siew, Ketua Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat, Datuk Redonah Bahanda dan pemimpin serta ahli-ahli Mutiara.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here