Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
511 mangsa kebakaran di Kg Cempaka terima bantuan kerajaan, parti politik
Published on: Saturday, March 08, 2025
Published on: Sat, Mar 08, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
511 mangsa kebakaran di Kg Cempaka terima bantuan kerajaan, parti politik
ARIFFIN (tengah) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang KIR pada majlis itu.
Kota Kinabalu: Kesukaran 511 penduduk yang kehilangan rumah akibat kebakaran di Kampung Cempaka, Likas baru-baru ini, mendapat perhatian agensi kerajaan dan parti politik bagi membantu mereka.

Seramai 91 Ketua Isi Rumah (KIR) masing-masing menerima RM1,400 disampaikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Ariffin Arif di Dewan Serbaguna Likas yang menjadi Pusat Penempatan Sementara (PPS) mangsa terbabit.

Advertisement
Ariffin yang juga Exco Agama Islam berkata, sebanyak RM91,000 disumbangkan Majlis Ugama Islam Sabah (Muis), manakala RM18,200 masing-masing sumbangan Perbadanan Baitulmal dan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Darau.

“Sumbangan ini diharap dapat ringankan sedikit beban keluarga yang terjejas akibat kebakaran ini lebih-lebih lagi semasa bulan Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang," katanya ketika ditemui, di sini, Khamis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam pada itu, Ariffin yang juga Exco Pendidikan Sabah berkata, pihaknya juga akan menyalurkan bantuan persekolahan kepada anak-anak mangsa yang sebahagian besarnya tinggal sehelai sepinggang akibat kebakaran itu.

Pada masa sama katanya, bantuan berkenaan akan disalurkan di bawah Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) yang dipengerusikan beliau sendiri bagi membantu proses pembelajaran anak-anak terbabit.

Advertisement
"Saya akan minta pemimpin akar umbi setempat untuk kenal pasti anak-anak yang memerlukan bantuan ini dan kita akan bantu melalui TPNS bagi emudahkan mereka menjalani pembelajaran.

Dalam perkembangan sama, Ariffin turut prihatin dengan nasib mangsa kebakaran yang terpaksa keluar dari Dewan Serbaguna itu selepas tempoh di PPS itu akan tamat pada Jumaat ini (kemarin).

Advertisement
Sehubungan itu, beliau akan berbincang dengan pemimpin setempat agar tempoh PPS dilanjutkan sehingga selepas Ramadan kerana ramai mangsa yang telah kehilangan segalanya disebabkan musibah itu.

"Jika perlu perkara itu (lanjutan tempoh tinggal di PPS) diberi pertimbangan kerana yang penting mereka dapat menjalani kehidupan sementara di bulan Ramadan ini," katanya.

Terdahulu, lebih 80 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Cempaka Likas, Sabtu lalu menyebabkan 511 orang tinggal sehelai sepinggang dan terpaksa ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Likas dan PPS Dewan Damai, di sini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here