Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Gol lewat kecewakan Sabah FC
Published on: Sunday, March 09, 2025
Published on: Sun, Mar 09, 2025
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Gol lewat kecewakan Sabah FC
STUART Wilkin menjaringkan gol pembukaan menentang Terengganu FC.
Kota Kinabalu: Sabah FC dibolosi gol lewat untuk seri 2-2 dengan Terengganu FC dalam pertembungan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu malam Jumaat.

Mereka melepaskan peluang untuk membawa pulang mata penuh apabila sepakan sudut Safawi Rasid pada minit ke-86 berjaya menewaskan Damien Lim di gawang.

Advertisement
Sabah FC sebelum itu mendahului 2-1 pada separuh masa. Stuart Wilkin menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-19 untuk meletakkan mereka di depan.

Namun, kegembiraan itu tidak lama kerana Terengganu FC berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-23 apabila Ismahil Akinade melonjak tinggi melepasi Dinesh Rajasingam untuk menanduk masuk gol penyamaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sabah FC kembali di depan pada minit ke-44 selepas Saddil Ramdani menanduk masuk hasil hantaran lintang Dinesh.

Ketua jurulatih Martin Stano kecewa terlepas peluang untuk mengesahkan tempat ketiga kerana hanya empat mata memisahkan kedua-dua pasukan sebelum permulaan dan dengan dua lagi perlawanan berbaki untuk dimainkan.

Advertisement
“Ia adalah perlawanan penting untuk kedua-dua pasukan. Kami berjuang untuk tempat ketiga dan kami menyediakan pasukan kami untuk sepanjang minggu.

“Objektif utama kami adalah untuk datang ke sini dan memenangi perlawanan untuk mendapatkan tiga mata dan memastikan tempat ketiga lebih awal.

Advertisement
“Kami bermula dengan baik dan memberi banyak tekanan kepada lawan kami. Kami berjaya menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama dan kami terus mencipta lebih banyak peluang untuk menjaringkan gol pada separuh masa kedua tetapi malangnya kami gagal menukarnya.

“Ia adalah kesilapan kami sendiri daripada mempertahankan sepakan sudut yang mengakibatkan keputusan seri. Terdapat salah komunikasi di kalangan pemain dan itulah yang berlaku.

“Saya tidak akan menyalahkan mana-mana pemain. Kami perlu melihatnya sekali lagi dan menganalisis keseluruhan permainan dan bukan hanya satu kesilapan kerana kami boleh menang jika kami berjaya menukar peluang pada separuh masa kedua.

“Sekarang kami perlu mengalihkan fokus kepada baki tiga perlawanan dan cuba menamatkan di tempat ketiga pada April,” katanya.

Perlawanan seterusnya Sabah FC ialah menentang PDRM FC di Stadium Likas pada 5 April sebelum menentang Kedah FC pada 18 April.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here