Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Rakyat Sabah digesa ceburi penanaman kelapa
Published on: Sunday, March 09, 2025
Published on: Sun, Mar 09, 2025
By: Jonathan Nicholas
Text Size:
Text:
Rakyat Sabah digesa ceburi penanaman kelapa
ARTHUR mengagihkan bubur kepada orang ramai sebagai sebahagian daripada gimik perasmian bazar itu.
Kota Kinabalu: Rakyat Sabah digesa menceburi penanaman kelapa memandangkan semenanjung kini memerlukan 661 tan metrik menjelang Hari Raya.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, Sabah melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) hanya mampu membekalkan 13.2 tan metrik pada Februari.

Advertisement
“Fama telah mengambil langkah intervensi untuk memenuhi permintaan yang amat besar itu. Ini adalah isyarat kepada potensi besar Sabah dalam penanaman kelapa kerana ia boleh membekalkan seluruh pasaran domestik.

“Petani diminta untuk meningkatkan pengeluaran tetapi dalam tempoh ini nampaknya bekalan tidak mencukupi,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan bazar makanan Ramadan Fama di Asia City, pada Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Terdapat 10 bazar seumpama itu sahaja di seluruh negara, termasuk dua di Sabah, dengan satu lagi di Putrajaya, Telipok.

Arthur berkata nilai sasaran seluruh negara tahun ini ialah RM7 juta dan Sabah mencatatkan jualan RM1.3 juta tahun lepas.

Advertisement
“Jadi kami telah menetapkan sasaran jualan baharu Sabah pada RM1.5 juta tahun ini,” katanya.

Sementara itu, mengenai politik, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) itu berkata pembahagian kerusi Barisan Nasional (BN) Sabah masih dijalankan.

Advertisement
Beliau ditanya sama ada PBRS akan bertanding di kerusi Melalap yang terletak kira-kira 90km dari kubu kuat Parlimen Pensiangan milik parti itu sejak 2004.

“Dewan Undangan Negeri tetap akan dibubarkan dan semua kerusi mesti dikosongkan. BN sedang mengenal pasti kawasan paling sesuai untuk meletakkan calon. Masih belum ada keputusan rasmi.

“Pandangan PBRS konsisten dan kami bersama rakyat yang sudah serik dengan ketidakstabilan politik yang dihadapi sejak penggal lalu. Kami mahukan kestabilan politik, khususnya untuk Sabah,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here