Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Lawatan tapak projek naiktaraf Muka Sauk Kabang
Published on: Monday, March 10, 2025
Published on: Mon, Mar 10, 2025
Text Size:
Text:
Lawatan tapak projek naiktaraf Muka Sauk Kabang
Dari kiri: Datuk Lee Jackson, Ts. Jude Abel Logijin, Tuan Abdul Rahim Aliuddin, Tuan Muhammad bin Haji Ali, Datuk Haji Roslie bin Ibrahim, Datuk Juil Nuatim, Datuk Yussof bin Abd Manan, Datuk Ahmad Naim bin Uddang, Ir. Lo Ho Min, & Ir. Fung Yin Khun.
PAPAR: YB Datuk Juil Nuatim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau telah mengadakan lawatan tapak ke muka sauk Kabang bagi meninjau perkembangan projek menaik taraf muka sauk tersebut.

Projek ini dilaksanakan bagi memastikan bekalan air terawat yang mencukupi di daerah Papar, khususnya ketika musim kemarau yang berpanjangan.

Advertisement
Fenomena kemarau ini sering menyebabkan paras air masin meningkat melebihi tahap terkawal dan menyebabkan muka sauk bagi Loji Rawatan Air (LRA) EWSS Papar dan LRA Limbahau terpaksa ditutup.

“Dengan peningkatan kapasiti muka sauk Kabang, bekalan air terawat yang stabil dan mencukupi dapat disalurkan kepada pengguna daripada LRA EWSS Papar dan LRA Limbahau, terutamanya ketika musim kemarau yang panjang serta situasi paras air masin yang tinggi.”

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
YB Datuk Juil Nuatim turut menegaskan bahawa projek menaik taraf ini adalah satu keperluan mendesak bagi memastikan bekalan air terawat yang mencukupi kepada penduduk di daerah Papar.

Beliau turut menzahirkan harapan agar projek ini dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan supaya manfaatnya dapat dirasai oleh masyarakat dalam tempoh terdekat.

Advertisement
Jetama Sdn Bhd, selaku anak syarikat penuh dibawah Kementerian Kewangan Negeri Sabah, telah diberikan kepercayaan bagi melaksanakan projek menaik taraf muka sauk Kabang, yang bertujuan untuk meningkatkan kapasiti daripada 9 juta liter sehari kepada 30 juta liter sehari.

Skop utama projek ini merangkumi pembinaan struktur muka sauk baru, pemasangan pam baru berkapasiti tinggi, pemasangan saluran paip air mentah baru serta pengintegrasian sistem mekanikal dan elektrikal baru bagi memastikan operasi yang lebih cekap dan berkesan.

Advertisement
Lawatan ini turut disertai oleh Datuk Haji Roslie bin Ibrahim, Setiausaha Sulit kepada YB Datuk Armizan Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia serta Ahli Parlimen Papar, Tuan Muhammad bin Haji Ali, Pegawai Daerah Papar, Datuk Yussof bin Abd Manan, Pengerusi Jetama Sdn Bhd, Datuk Ahmad Naim bin Uddang, Ketua Pegawai Eksekutif Jetama Sdn Bhd dan Tuan Abdul Rahim Aliuddin, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Papar.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here