Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Warisan akan bertanding secara solo: Shafie
Published on: Tuesday, March 11, 2025
Published on: Tue, Mar 11, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Warisan akan bertanding secara solo: Shafie
Menurut Mohd Shafie, Berjaya dan PBS pernah memerintah tanpa ada gabungan atas keputusan yang telah dibuat oleh rakyat Sabah.
LAHAD DATU: Parti Warisan akan bertanding sebagai sebuah parti tanpa ada kerjasama dengan mana-mana parti lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, setakat ini Warisan tidak pernah ada perbincangan atau keputusan bergabung dengan mana-mana parti.

Advertisement
“Kita tawarkan keupayaan kita, mungkin kita tidak banyak duit tapi kita pemimpin-pemimpin orang Sabah yang tidak kira bangsa, sama ada KDM, Brunei, Kedayan, Bajau, semua di sini, kita menyatakan keupayaan kita untuk meletakkan Sabah dan rakyat Sabah di landasan sebenarnya,” katanya selepas Majlis Iftar bersama Presiden Parti di Masjid Tungku, Sabtu lepas.

Turut hadir Naib Presiden Warisan, Datuk Dr Jaujan Sambakong, Ketua Penerangan Warisan, Datuk Azis Jamman, Ketua Wanita Warisan, Norfaezah Chua, Ahli Majlis Tertinggi Warisan, Datuk Mohd Yusof Apdal dan Ketua Bahagian Warisan Lahad Datu, Assaffal P. Alian.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut Mohd Shafie, Berjaya dan PBS pernah memerintah tanpa ada gabungan atas keputusan yang telah dibuat oleh rakyat Sabah.

Katanya, ini bermakna perkara ini sudah pernah berlaku dan mereka menentukan bahawa hala tuju, masa depan mereka di tempat yang seharusnya.

Advertisement
Sementara itu, Mohd Shafie menyatakan keyakinan berkaitan kemenangan Warisan, bagaimanapun, Warisan tidak boleh leka dan perlu terus bekerja serta mendampingi rakyat.

“Kita kena kerja dan kita kena dampingi rakyat kerana ramai pengundi kemungkinan mereka juga memerlukan. Dampingi seramai yang mungkin,” tambahnya.

Advertisement
Untuk rekod, Warisan telah memenangi empat kerusi Dun di Parlimen Lahad Datu pada PRN lalu. Kerusi tersebut dimenangi oleh Dumi Pg. Masdal (Silam), Assafal (Tungku), Datuk Mohamaddin Ketapi (Segama) dan Datuk Norazlinah Arif (Kunak).

Bagaimanapun, Mohamaddin yang menyandang kerusi Dun Segama telah keluar dari Warisan dan menyertai Umno, manakala Norazlinah yang menyandang kerusi Dun Kunak turut keluar Warisan dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here