Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Lelaki miliki harta curi kena 16 bulan
Published on: Tuesday, March 11, 2025
Published on: Tue, Mar 11, 2025
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Lelaki miliki harta curi kena 16 bulan
Setiap pertuduhan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, serta boleh dikenakan denda jika disabit kesalahan.  
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 34 tahun dijatuhi hukuman penjara selama 16 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan memiliki harta curi.  

Jimmy Hon Jin Chyong mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin melakukan kesalahan pada 17 Februari tahun ini, jam 11.30 pagi di Blok L, Lorong Universiti 1.  

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama, Hon dihukum penjara lapan bulan kerana menyimpan satu tayar sebuah Perodua Axia bersama rimnya.  

Untuk pertuduhan kedua, dia dipenjara lapan bulan lagi kerana memiliki satu lagi tayar Perodua Axia bersama rimnya.  

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Setiap pertuduhan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, serta boleh dikenakan denda jika disabit kesalahan.  

Fakta kes yang dikemukakan pihak pendakwaan menyatakan kejadian pertama dilaporkan pada 15 Februari tahun ini apabila pengadu, Roland Yee, mendapati tayar bersama rim yang dipasang di bahagian belakang sebuah Perodua Axia hilang dari kawasan parkir Inanam Mall, Inanam.  

Advertisement
Bagi pertuduhan kedua, pengadu Hairrychael Julieto membuat laporan polis pada 14 Februari mengenai kehilangan tayar Perodua Axia bersama rimnya yang bernilai RM450 dari kawasan parkir yang sama.  

Hon diperintah menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap.  

Advertisement
Sementara itu, seorang lelaki berusia 41 tahun dijatuhi hukuman penjara lapan bulan kerana mencuri.  

Mohd Sahfie Mat Zain mengaku bersalah mencuri 42 batang besi kepunyaan Sinkong Fleet JV Sdn Bhd pada 4 Mac tahun ini, jam 10.15 pagi, di tepi jalan tapak pembinaan Pan Borneo WP08, Bukit Hap Seng, Jalan Tuaran, Manggatal.  

Pertuduhan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.  

Fakta kes seperti yang dikemukakan pendakwaan, menyatakan Sahfie dilihat oleh pekerja tapak pembinaan itu sedang mengambil batang besi berkenaan dan menyembunyikannya di dalam semak berhampiran.  

Pekerja itu cuba mengambil semula besi tersebut daripada Sahfie, tetapi dia enggan menyerahkannya, menyebabkan pengadu menghubungi polis yang kemudian menangkapnya. 

Di mahkamah sama, seorang lelaki didenda RM2,600 atau penjara enam bulan kerana melupuskan produk isi rumah dan penjagaan peribadi curi.  

Robenlee Balang Daring mengaku bersalah melakukan kesalahan itu terhadap tiga kotak syampu, dua kotak penyegar udara dan empat kotak pelembut fabrik pada 3 Mac, antara jam 3 pagi hingga 5 pagi, di gudang Kim Teck Cheong Consolidated Borneo, Jalan Kolombong, dekat sini.  

Dia didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.  

Pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Yusdi Basri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here