Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tertuduh dakwa dia tiada niat pukul mangsa, tapi ada saksi jadi batu api
Published on: Wednesday, March 12, 2025
Published on: Wed, Mar 12, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Tertuduh dakwa dia tiada niat pukul mangsa, tapi ada saksi jadi batu api
Kesemua 13 pelajar berusia antara 16 hingga 19 tahun itu dituduh membunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, di Kolej Vokasional Lahad Datu (KVLD) di antara jam 9 malam pada 21 Mac hingga 7.38 pagi pada 22 Mac 2024.
TAWAU: Tertuduh ke sembilan (OKT 9) kes bunuh pelajar Bioteknologi Kolej Vokasional Lahad Datu (KVLD), Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau pada Selasa bahawa dia tiada niat mahu memukul mangsa, namun, Putra menjadi batu api.

Saksi ketiga itu berkata, dia juga tidak terfikir pukulan sebanyak dua kali pada lengan mangsa yang dibuatnya akan menyebabkan kematian Ijat (nama panggilan mangsa), malah dia bersama 12 tertuduh lain tidak berniat dan merancang membunuh rakan satu kolej mereka itu.

Advertisement
OKT 9 menyatakan demikian ketika pemeriksaan utama oleh peguamnya Kusni Ambotuwo pada hari kedua perbicaraan peringkat pembelaan itu, di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Ram Singh, remaja itu menerangkan niatnya memang tidak mahu memukul Ijat, namun Putra (saksi pendakwaan ke-19) batu api (menghasut).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
"Dia tarik saya, baru tolak saya untuk pergi pukul arwah kerana dia bilang (kata) mahu nampak (lihat) saya memukul,"katanya yang memberitahu dia teragak-agak mahu pukul tapi dia (Putra) paksa.

Kepada soalan Ram apa perasaannya jika ada kes kecurian duit di asrama, dia yang diberi wang belanja RM50 sebulan oleh ibunya, menjawap kecewa dan dia turut bersetuju kepada peguam bahawa dia kecewa tapi tidaklah sehingga memukul sampai mati.

Advertisement
Pada pemeriksaan balas peguam Chen Wen Jye, OKT 9 memberitahu mahkamah bahawa Putra yang dipanggil si Tam ada berkata 'inilah rekod ku tendang orang paling jauh' selepas menendang Ijat.

Dia turut menunjukkan kepada mahkamah bagaimana Putra mengangkat kaki kanannya untuk menendang Ijat yang ditendang pada pinggang sehingga terlempar jauh.

Advertisement
Kepada soalan pemeriksaan balas oleh peguam Vivian Then pula, OKT 9 mengatakan mereka tiada memukul mangsa lagi selepas mereka saling meminta maaf dan ketika itu keadaan Ijat kuat.

Bagaimanapun, dia menjawab tidak pasti apabila ditanya setuju atau tidak Putra terlibat dalam kes tersebut dari 21 hingga 22 Mac 2024 sehingga mangsa meninggal dunia.

Kesemua 13 pelajar berusia antara 16 hingga 19 tahun itu dituduh membunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, di Kolej Vokasional Lahad Datu (KVLD) di antara jam 9 malam pada 21 Mac hingga 7.38 pagi pada 22 Mac 2024.

Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Nur Nisla Abd Latif dengan dibantu TPR Ng Juhn Tao dan TPR Batrisyia Mohd Khusri.

Lapan daripada 13 remaja itu diwakili peguam Kamarudin Mohmad Chinki, Datuk Ram Singh dan Chen Wen Jye iaitu tertuduh (OKT) pertama, ketiga, keempat, kelapan, 10, 11, 12 dan 13.

Lima lagi masing-masing diwakili peguam Abdul Ghani Zelika (OKT 5),  Vivian Thien (OKT 6), Jhesseny P. Kang (OKT 7), Kusni Ambotuwo (OKT 9) dan Mohamed Zairi Zainal Abidin (OKT 2).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here