PERSATUAN Filem dan Visual Sabah (Safva) berkata sudah tiba masanya peraturan permit penggambaran dikuatkuasakan ke atas semua syarikat produksi luar, sama ada dari Semenanjung atau antarabangsa.
Presidennya, Chester Pang, berkata di bawah peraturan itu, syarikat produksi luar perlu mendapatkan permit daripada Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri & Penyelidikan di bawah Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah sebelum menjalankan penggambaran di negeri ini.
Menurutnya, perkara ini timbul susulan aduan daripada 12 penggiat seni di Keningau yang tidak berpuas hati dengan pihak produksi dari Semenanjung yang menjalankan penggambaran sebuah telefilem daerah itu, awal bulan ini, sehingga ia dibawa ke perhatian Mahkamah Anak Negeri.
Susulan itu, satu saman telah dikeluarkan bagi memanggil pengarah produksi terbabit untuk hadir ke pendengaran Mahkamah Anak Negeri di Keningau
Advertisement





