Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Komputer riba bagi pelajar layak: Program Baik manfaat lebih 2,000 sejak 2022
Published on: Wednesday, March 12, 2025
Published on: Wed, Mar 12, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Komputer riba bagi pelajar layak: Program Baik manfaat lebih 2,000 sejak 2022
PENERIMA Baik, Trenngo Masingkin (kiri), Rosammizah Jamri (tengah) dan Sulpika Aini (kanan) gembira melihat komputer riba baharu yang diterima.
Kota Kinabalu: Program Bantuan Ihsan Komputer (Baik) yang diperkenalkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah antara usaha untuk membantu pelajar-pelajar kurang berkemampuan memiliki komputer riba bagi tujuan pembelajaran, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Justeru, beliau melahirkan rasa syukur kerana program yang diperkenalkan oleh kerajaan GRS itu memberi manfaat kepada lebih 2,000 pelajar Sabah sejak bantuan ini diperkenalkan pada 2022.

Advertisement
“Program Baik ini adalah antara inisiatif tambahan kepada program sedia ada yang lain bagi memastikan semua pelajar-pelajar kurang berkemampuan yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) memiliki komputer riba.

“Pada masa kini, komputer menjadi alat penting kepada pelajar dan atas faktor itu, kerajaan negeri telah memperkenalkan program Baik, yang mana tidak pernah dilaksanakan sebelum ini. Program Baik ini juga diteruskan lagi pada tahun ini bagi memberi peluang kepada anak-anak Sabah di IPT memohon.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Selain Baik, beberapa program lain untuk membantu pelajar diteruskan antaranya Bantuan Tunai Pendaftaran IPT secara sekali bayar (Budi) dan Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (Bakti). Banyak inisiatif yang kita sediakan bagi membantu dan memastikan anak-anak Sabah tidak tercicir dalam meneruskan pengajian mereka,” katanya di sini, pada Selasa.

Sementara itu, pelajar dalam jurusan perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Kinabalu, Norshafikah Zaiddi, 24, melahirkan rasa syukur kerana akhirnya memiliki komputer riba sendiri untuk kegunaan di universiti.

Advertisement
Norshafikah yang berasal dari Sandakan berkata sebelum ini beliau terpaksa berkongsi komputer riba dengan adiknya.

“Justeru, saya berasa gembira kerana kini sudah ada komputer sendiri sekali gus memudahkan saya membuat tugasan,” katanya, menambah kedua ibu bapanya hanya bekerja sendiri.

Advertisement
Bagi seorang ibu, Sabnah Jamdan, 43, berasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dengan pemberian komputer menerusi program Baik itu.

“Komputer riba ini akan memudahkan anak kami yang kini menuntut di Kolej Matrikulasi Labuan, menyiapkan tugasan yang diberikan. Alhamdulillah, pemberian ini amat membantu anak saya,” kata suri rumah sepenuh masa itu.

Penerima komputer riba ini adalah antara 1,000 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang menerima manfaat itu bagi permohonan tahun lalu.

Program Baik adalah antara usaha kerajaan negeri membantu anak-anak kurang berkemampuan yang melanjutkan pengajian ke IPT, untuk memiliki komputer riba sendiri.

Untuk maklumat lanjut, pemohon baharu boleh layari https://baik.sabah.gov.my
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here