Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kes Bunuh Pelajar Kolej Vokasional: Seorang lagi tertuduh mengaku pukul mangsa kerana kecewa
Published on: Friday, March 14, 2025
Published on: Fri, Mar 14, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Kes Bunuh Pelajar Kolej Vokasional: Seorang lagi tertuduh mengaku pukul mangsa kerana kecewa
Tertuduh diiringi keluar daripada mahkamah selepas prosiding kelmarin.
TAWAU: Seorang lagi tertuduh dalam kes bunuh pelajar Bioteknologi Kolej Vokasional Lahad Datu (KVLD), Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, mengaku memukul mangsa sebanyak dua kali kerana kecewa apabila mangsa  yang juga kawan rapatnya didakwa mencuri duit.

Tertuduh keenam (OKT6), yang memberikan  keterangan sebagai saksi kelapan pembelaan, memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau pada Khamis bahawa dia bertindak demikian kerana betul-betul kecewa dengan mangsa yang dipanggil Ijat, mencuri wang.

Advertisement
Dia menjawab demikian semasa pemeriksaan balas peguam Datuk Ram Singh pada hari keempat pendengaran pembelaan kes itu di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol. 

Ram: Semalam kamu dengar keterangan OKT2 dia cakap ‘saya tahu apa yang saya buat’. Boleh beritahu Mahkamah apa yang kamu buat masa kejadian?

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
OKT6: Saya ada pukul

Ram: Pukul sahaja?

Advertisement
OKT6: Pukul dan tendang.

Ram: Apa lagi yang kamu tahu kamu sudah buat pada hari kejadian?

Advertisement
OKT6: Itu sahaja

Ram: Kamu cakap kecewa kepada Ijat sebab kamu kawan rapat?

OKT 6: Ya

Ram: Apa yang kamu buat selepas kamu nampak Ijat dipukul?

OKT 6: Selepas saya pukul, saya ada minta maaf. Ram: Sebelum kamu minta maaf dan selepas kamu pukul Ijat, apa perasaan kamu masa itu?

OKT6: Kecewa

Ram: Kenapa kamu tidak tolong Ijat pada masa itu?

OKT 6: Sebab saya betul- betul kecewa.

Tertuduh, yang mengikuti kursus Agro Industri Ternakan Ruminan di KVLD tidak sampai setahun sehingga didakwa, mengaku menumbuk Ijat di bahagian belakang sekali dan menendang pahanya sekali. 

Ketika pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Ng Jhun Tao, OKT6 bersetuju bahawa tiada seorang pun tertuduh membuat sebarang laporan polis yang mengatakan mereka dipaksa mengaku memukul Ijat dan dihukum oleh polis semasa siasatan dijalankan.

TPR: Adakah anda setuju bahawa jika polis memaksa kamu untuk mengaku memukul Ijat dan polis menghukum kamu semasa siasatan, itu adalah perkara yang sangat serius?

OKT6: Setuju

TPR: Memandangkan dakwaan-dakwaan ini adalah sangat serius, sepatutnya kamu perlu membuat laporan polis kan? OKT6: Saya tidak tahu

TPR: Memandangkan pihak kamu tidak pernah membuat laporan polis mengatakan dakwaan-dakwaan itu, maksudnya tiada polis menghukum kamu semasa siasatan atau memaksa kamu memberi pengakuan semasa percakapan kamu dirakam sewaktu siasatan?

OKT6: Tidak setuju

Ketika pemeriksaan semula oleh peguamnya, Vivian Thien OKT6 tidak setuju ketika ditanya sebab dia memukul Ijat adalah mahu memberi pengajaran kepada Ijat yang a dikatakan mencuri duit.

Sebaliknya, katanya, tindakannya adalah kerana dia kecewa terhadap kawan rapatnya itu. Sementara itu, OKT 3, saksi pembelaan kesembilan pada sesi pemeriksaan balas oleh TPR Nur Nisla Abd Latif, berkata menafikan bahawa dia dan rakan-rakannya menuduh Ijat mencuri duitnya sebanyak RM50 dan RM35 daripada OKT4.

TPR: Adakah kamu setuju Ijat tidak mengaku dia mencuri?

OKT3: Saya tidak tahu. TPR: Setuju atau tidak sebenarnya kamu tidak tahu siapa yang ambil duit kamu? OKT3: Tidak setuju.

TPR: Setuju atau tidak, tidak lama kemudian kamu mendapat tahu bahawa OKT4 turut mengatakan dia juga kehilangan wang?

OKT3: Saya tidak pasti TPR: Setuju atau tidak pada masa itu, OKT4 juga tidak tahu siapa yang ambil duitnya?

OKT3: Saya tidak tahu

TPR: Setuju atau tidak pada malam sama sebelum kamu ke Bilik 7 Resak untuk memukul Ijat, kamu juga ada mendengar Ijat juga kehilangan RM50?

OKT3: Tidak setuju 

Kesemua 13 pelajar berusia antara 16 hingga 19 tahun itu dituduh membunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, di Kolej Vokasional Lahad Datu (KVLD) di antara jam 9 malam pada 21 Mac hingga 7.38 pagi pada 22 Mac 2024.

Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Nur Nisla Abd Latif dengan dibantu TPR Ng Juhn Tao dan TPR Batrisyia Mohd Khusri.

Lapan daripada 13 remaja itu diwakili peguam Kamarudin Mohmad Chinki, Datuk Ram Singh dan Chen Wen Jye iaitu tertuduh (OKT) pertama, ketiga, keempat, kelapan, 10, 11, 12 dan 13.

Lima lagi masing-masing diwakili peguam Abdul Ghani Zelika (OKT 5),  Vivian Thien (OKT 6), Jhesseny P. Kang (OKT 7), Kusni Ambotuwo (OKT 9) dan Mohamed Zairi Zainal Abidin (OKT 2).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here