SELEPAS tiga tahun tidak muncul dengan lagu raya biduanita negara Datuk Seri Siti Nurhaliza kembali mengubati rindu penggemarnya menerusi single terbaharu Raya Nak Ke Mana?
Siti Nurhaliza yang begitu sinonim dengan lagu-lagu raya memilih karya sentuhan anak muda dua beradik Aisha Retno dan RADi manakala lirik pula turut ditulis oleh Aisha Retno serta Amylea Azizan.
Mengetengahkan irama zapin lagu Raya Nak Ke Mana? secara tidak langsung mengembalikan nostalgia lagu raya yang pernah dinyanyikan oleh penyanyi nombor satu negara itu namun sedikit berbeza menerusi sentuhan segar.
“Lagu raya cukup sinonim dalam kerjaya saya dan tahun ini berasa bertuah dapat menyanyikan sebuah lagi karya yang mempunyai keistimewaan dan berpotensi menjadi malar segar.
Advertisement





