Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
‘Perjelas RM44 juta tahunan untuk Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri’
Published on: Friday, March 14, 2025
Published on: Fri, Mar 14, 2025
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
‘Perjelas RM44 juta tahunan untuk Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri’
Shafie turut berpendapat masih banyak aspek yang perlu diberikan perhatian dalam menangani isu bekalan air di negeri ini.
TAWAU: Kerajaan Negeri diminta menjelaskan status sebenar peruntukan berjumlah sehingga RM44 juta setahun kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (TSKN) Sabah.

Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (gambar) mempersoal tujuan peruntukan itu, terutamanya dari segi keperluan dan kepentingannya.

Advertisement
“Kenapa ada peruntukan TSKN Sabah? Apa kepentingannya? Ini perlu dilihat,  bukan hanya melihat langkah kita menamatkan (kontrak) konsesi untuk mendaulatkan Jabatan Air,” katanya.

Shafie mengulas kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang menyifatkan Kerajaan Negeri kini menanggung beban kos RM315 juta “for nothing” kesan tindakan Kerajaan Negeri era Shafie menamatkan kontrak konsesi air.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bekas ketua menteri itu ditemui semasa menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Muhajirin, Kg Inderasabah di sini, pada Selasa.

Shafie turut berpendapat masih banyak aspek yang perlu diberikan perhatian dalam menangani isu bekalan air di negeri ini.

Advertisement
“Bukan kita tamatkan (kontrak konsesi air) jadi penyebab (bekalan air meruncing di Sabah), dari dulu air di negeri ini sudah dicatu. Bukan hanya musim Warisan (mentadbir Kerajaan Negeri).

“Air tidak cukup. Kita perlu meneliti ketirisan yang berlaku. Kalau Perdana Menteri mengambil tindakan terhadap ketirisan yang ada, kenapa kita tidak mengambil langkah serupa?” katanya.

Advertisement
Menurutnya, antara yang perlu diberi perhatian isu kebocoran paip usang dan kegagalan penyaluran bekalan air bersih terawat kepada penduduk kampung selepas berpuluh tahun.

Malah, beliau mendedahkan masih wujud tempat tertentu di negeri ini yang tidak menerima bekalan air terawat daripada Jabatan Air sehingga terpaksa membeli air yang diagihkan pihak swasta.

“Ketidaksempurnaan pengurusan air ini harus dilihat secara menyeluruh. Jangan hanya dari segi sudut ‘oh…ini salah Warisan’. Dua tahun kita memerintah, tetapi sebelum kitapun, masalah air sudah ada.

“Setiap tahun kita bayar duit kepada konsesi, tapi pungutan (hasil kutipan bayaran) yang kita perolehi tidak setimpal dengan kos perbelanjaan yang ditanggung,” katanya.

Shafie percaya kandungan kontrak kepada konsesi yang hanya melibatkan rawatan air bersih perlu diteliti dan digabungkan dengan penyaluran bekalan kepada pengguna.

Ditanya berhubung video tular melibatkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pula, Shafie enggan mengulas lanjut kerana belum melihat isi kandungan video berkenaan.

“Kita serahkan kepada pihak berwajib untuk meneliti perkara ini secara mendalam. Biar pihak berautoriti yang menjalankan siasatan. Saya tidak mahu cakap sebab belum nampak,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here