Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Dua bangunan lama sekolah di Beaufort musnah terbakar
Published on: Friday, March 14, 2025
Published on: Fri, Mar 14, 2025
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
 Dua bangunan lama sekolah di Beaufort musnah terbakar
KEBAKARAN itu memusnahkan dua bangunan lama di sekolah itu.
BEAUFORT: Dua bangunan lama Sekolah Kebangsaan (SK) Klias Kecil, di sini, yang dijadikan setor penyimpanan peralatan sekolah musnah dalam kebakaran pada pagi Khamis.

Pegawai Kanan Zon Beaufort Anddre Andrew berkata, pihaknya menerima panggilan melalui MERS999 pada pukul 8.50 pagi, sebelum pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 9.11 pagi.

Advertisement
Katanya, 19 anggota dan empat pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu, BBP Kimanis dan BBP Beaufort  terlibat dalam operasi pemadaman itu.

Komander Operasi, PBK II Abdul Khalid telah mengarahkan anggota memadamkan kebakaran menggunakan air dari jentera dan lori tangki air.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Bangunan pertama, berkeluasan 6.09 meter x 9.14 meter dan bangunan kedua, berkeluasan 6.09 meter x 30.48 meter jenis tidak kekal terbakar 100 peratus,” katanya.

Operasi terkawal pada jam 9.28 pagi dan ditamatkan pada 10.55 pagi selepas memastikan tiada bahaya lain wujud.

Advertisement
Mohd Jowalia Kimsin, yang melihat kebakaran itu dari tepi jalan, berkata tiada murid terbabit dalam kejadian itu kerana sekolah ditutup susulan banjir baru-baru ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here