Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Gurau rakan bawa bom ke lapangan terbang, warga emas didenda RM100
Published on: Friday, March 14, 2025
Published on: Fri, Mar 14, 2025
By: FMT Reporters
Text Size:
Text:
Gurau rakan bawa bom ke lapangan terbang, warga emas didenda RM100
Tertuduh Ng Kok Yeow di Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Mahkamah Majistret Balik Pulau mendenda seorang warga emas RM100 kerana membuat gurauan berkaitan bom di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) Selasa lalu.

Harian Metro melaporkan Ng Kok Yeow, 64, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Majistret Chia Huey Ting, yang turut mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tiga hari, jika gagal membayar denda.

Advertisement
Lelaki itu didakwa sengaja memaklumkan seorang petugas Malaysia Airlines terdapat bom dalam beg rakannya dan dia mempunyai pengetahuan kata-kata itu mungkin boleh menggugat ketenteraman awam di kaunter daftar masuk nombor 44 LTAPP pada 10.30 malam 11 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan denda maksimum RM100, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Berdasarkan fakta kes, kata-kata warga emas itu turut didengar beberapa petugas lain, di mana pemeriksaan lanjut tidak menemui barang terlarang dalam beg tertuduh dan rakannya.

Timbalan Pendakwa Raya, R Lushani memohon denda maksimum kerana perkara sensitif tidak boleh dijadikan gurauan, khasnya di tempat mempunyai kawalan keselamatan tinggi seperti di lapangan terbang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here