Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
DBKK pertahan fi lesen dikembali
Published on: Saturday, March 15, 2025
Published on: Sat, Mar 15, 2025
By: Jonathan Nicholas
Text Size:
Text:
DBKK pertahan fi lesen dikembali
SABIN menyapa peniaga di Lintasan Deasoka.
Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mewajarkan pengembalian kadar fi lesen asal di bawah Undang-undang Kecil Bandaraya Kota Kinabalu (Hotel dan Rumah Lojing) 1966 demi pembangunan bandaraya ini.

Mayor Datuk Seri Dr Sabin Samitah menegaskan fi tersebut tidak dinaikkan sebaliknya dikembalikan kepada kadar asal.

Advertisement
“Kadar itu dikenakan pada 1966 tetapi dibatalkan pada 1989 berikutan ekonomi lembap dan kedatangan pelancong yang semakin berkurangan. Ia merupakan langkah untuk membantu industri perhotelan di mana mereka hanya perlu membayar RM10 (sebilik) setahun.

“Cuba tanya mereka kadar harian. Sebagai contoh, penjaja di Foh Sang hanya membayar RM3 sehari iaitu RM90 sebulan. Jadi mengapa hotel mengelak kadar asal kerajaan sedangkan terdapat kebanjiran pelancong dan hotel terlebih tempahan,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
DBKK menerima kecaman baru-baru ini daripada pengusaha hotel, terutamanya premis dua- dan tiga-bintang, yang mendakwa mereka tidak lama lagi terpaksa menutup operasi kerana beban cukai.

Sabin berkata hotel dua- hingga tiga-bintang hanya perlu membayar RM1.60 setiap bilik sehari dan tidak perlu membayar jika kosong.

Advertisement
“Kami telah berbincang dengan mereka dan kami berharap mereka terbuka untuk membantu bandaraya ini kerana kami memerlukan dana untuk kerja-kerja menaik taraf, terutamanya berkaitan kebersihan.

“Hari ini lebih banyak sisa berbanding tahun 60-an. Kita harus membayar untuk membersihkannya, mencantikkan turapan, antara lain. Bagaimana ini boleh dicapai dengan RM10 sebilik setahun?

Advertisement
“Hotel lima-bintang, anda tahu berapa harga yang mereka kenakan setiap malam dan kami hanya meminta RM4.60.

“Kami memerlukan pembiayaan untuk membayar kerja-kerja elektrik dan pembersihan termasuk di laut dan sungai. Jika masih tercemar, DBKK akan dipersalahkan dan dimalukan pelancong dalam dan luar negara.

“Saya sangat berharap pengusaha hotel dapat memberikan kerjasama kerana Kerajaan Negeri telah menyokong mereka dengan fi RM10 setahun dari 1989 hingga 2024,” katanya.

Sehingga 15 Jan, lebih 50 peratus pengendali hotel, berjumlah 99 pertubuhan, telah membayar fi lesen hotel dan rumah penginapan mereka untuk Januari 2025 apabila undang-undang itu berkuat kuasa pada 1 Jan.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan mesra di Bazar Ramadan Lintasan Deasoka pada Khamis, yang mempunyai 170 gerai. Kawasan lain di bawah bidang kuasa DBKK ialah Sembulan, Tanjung Aru dan Indah Permai.

Sabin berkata tahap kebersihan di Bazar Ramadan mengikut piawaian berikutan pemantauan rapi, terutamanya dari segi memasak dan melupuskan minyak.

“Ini bagi mengelak haiwan perosak menceroboh bandaraya kita. Sehingga kini tiada saman dikeluarkan berhubung perkara ini tetapi penguatkuasa telah menghalau beberapa peniaga haram,” katanya, sambil menambah 21 lagi bazar telah memohon untuk berada di bawah bidang kuasa DBKK.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here