KENINGAU: Bagaimana jika sisa makanan sebenarnya tidak terbuang begitu sahaja? Bagi kebanyakan orang, sisik ikan hanyalah sisa berbau yang menyumbat sinki dapur dan dibuang tanpa berfikir dua kali.
Namun bagi Danial Jauhari Sidar, seorang pelajar kulinari dari Sabah, ia menjadi inspirasi kepada inovasi makanan yang tidak dijangka – “Serunding Sisik Ikan”, sejenis serunding ikan yang rangup dan berperisa, yang baru sahaja memenangi anugerah peringkat serantau.
Pelajar Kolej Vokasional Keningau (KVK) ini baru-baru ini dinobatkan sebagai salah seorang daripada dua pemenang dalam Pertandingan Asean Reimagine Waste, sebuah inisiatif oleh Catalyst of Change Asean yang mencabar peserta untuk mengubah sisa menjadi produk bernilai.
Kemenangan Danial diumumkan pada 5 Mac, di mana beliau memperoleh markah tertinggi (88.5 peratus bersama Maria Lorizel O. Tengco dari Filipina. Kedua-duanya menerima hadiah bernilai USD50.
Advertisement





