Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Ubat haram: Klinik didenda
Published on: Saturday, March 15, 2025
Published on: Sat, Mar 15, 2025
By: Cynthia D Baga, Sisca Humphrey
Text Size:
Text:
Ubat haram: Klinik didenda
Kesalahan di bawah Peraturan 7(1)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(2) Akta Jualan Dadah 1952 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.  
Kota Kinabalu: Sebuah klinik perubatan swasta didenda sebanyak RM7,500 kerana menjual produk tidak berdaftar kepada orang awam.  

My ClinicPlus Sdn Bhd mengaku bersalah melalui pengarahnya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus atas dua pertuduhan terhadap syarikat itu pada Jumaat.  

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama, syarikat itu didenda RM2,500 atau waran levi akan dikeluarkan sekiranya gagal membayar denda kerana menjual satu unit Laroscorbine Platinum 5ml yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 7 September 2023, jam 10.10 pagi, di premis syarikat di Luyang Plaza, Lorong Angsa 1, dekat sini.  

Bagi pertuduhan kedua, syarikat itu diperintah membayar denda sebanyak RM5,000 atau waran levi akan dikeluarkan kerana menjual enam lagi unit produk tidak berdaftar di tempat dan masa yang sama.  

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Antara enam produk tidak berdaftar tersebut ialah 20 vial Tationil (Glutatione) 600mg, 16 ampul Acqua Per Preparazioni, satu ampul Glutax 1800000 GS 2ml, 36 vial Tybar Typhoid Polysaccharide, 14 jalur Imanok Isotretinoin 10mg (15’s), dan 20 botol Accutane 20 Isotretinoin USP 20mg.  

Kesalahan di bawah Peraturan 7(1)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(2) Akta Jualan Dadah 1952 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.  

Advertisement
Semasa mitigasinya, peguam Dominic Chew yang mewakili syarikat itu memohon hukuman denda lebih rendah dengan alasan bahawa ini merupakan kesalahan pertama firma berkenaan, dan menambah, syarikat itu telah menetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengelakkan pembelian produk seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan agar tidak mengulangi kesalahan sama pada masa akan datang.  

Chew turut memberitahu mahkamah bahawa syarikat masih beroperasi dan berjanji untuk tidak mengulangi kesalahan terbabit kerana menyesali melakukan kesalahan itu.

Advertisement
Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa dari Jabatan Farmasi, Muhammad Nurhalimi Ahmad Azmil, menggesa mahkamah mengenakan hukuman setimpal kerana kes ini melibatkan kepentingan awam serta untuk memberi pengajaran bukan sahaja kepada syarikat tetapi juga kepada peniaga lain.  

Muhammad memaklumkan kepada mahkamah bahawa jumlah anggaran keseluruhan rampasan produk tersebut ialah RM30,590.  

Beliau juga mengemukakan bahawa tujuh produk yang dirampas disahkan tidak berdaftar dengan Agensi Regulatori Farmaseutikal Nasional (NPRA), serta tidak menjalani penilaian oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (DCA), menimbulkan kebimbangan mengenai kualiti, keberkesanan, dan keselamatannya yang boleh mendatangkan risiko dan kesan sampingan kepada orang awam.  

Muhammad turut juga memberitahu mahkamah bahawa syarikat tersebut adalah sebuah klinik perubatan swasta yang berdaftar di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 serta dikendalikan oleh pengamal perubatan berdaftar, justeru tidak seharusnya menggunakan produk tidak berdaftar yang boleh membahayakan kesihatan awam.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here