Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Bagi bukti jika Adun GRS bermasalah: PGRS Likas
Published on: Monday, March 17, 2025
Published on: Mon, Mar 17, 2025
By: Noor Zafira Zayn
Text Size:
Text:
Bagi bukti jika Adun GRS bermasalah: PGRS Likas
“Sewajarnya bulan Ramadan ini kita berbuat amal, kebajikan dan elakkan daripada menambah dosa serta menabur fitnah,” Bahrin berkata.
Kota Kinabalu: Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Likas Datuk Mohammad Bahrin Abd Karim menggesa pihak yang melemparkan tuduhan rasuah kepada Ahli- Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk mengemukakan bukti kukuh terhadap dakwaan mereka.

“Saya mahu tanya kepada pihak yang membuat tuduhan ini, setiap tuduhan ini mereka ada bukti?

Advertisement
“Kalau betul ada bukti yang kukuh, sahih dan benar mengenai wujudnya kecurangan atau penyalahgunaan kuasa mereka sebagai Adun, tidak kira apa saja yang melanggar etika, sila kemukakan bukti untuk dibawa ke pengadilan.

“Sewajarnya bulan Ramadan ini kita berbuat amal, kebajikan dan elakkan daripada menambah dosa serta menabur fitnah,” katanya kepada Daily Express semasa Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-Anak Tahfiz di sini, Sabtu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Seramai 25 anak-anak Tahfiz dari Pusat Pengajian Tahfiz al-Quran As-Syatibiyag, Masjid SDA Bandaraya Kota Kinabalu menerima sumbangan duit raya daripada PGRS Bahagian Likas termasuk sayap Wanita, Pemuda dan Beliawanis.

Mengenai tindakan Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan calon di Dun Tempasuk baru-baru ini, beliau beranggapan ia bukan satu isu.

Advertisement
“Pada pendapat saya, tidak ada sebarang isu tentang apa yang Presiden kita umumkan kerana kerusi itu adalah kerusi GRS, jadi tiada masalah.

“Ini adalah hak masing-masing untuk umum siapa calon di kawasan itu, bukan kita kacau kawasan orang.

Advertisement
“Jika Datuk Mustapha Sakmud memberi pandangan sebaliknya, itu juga adalah pendapat peribadinya dan saya rasa kita tidak perlu kisah, kita fokus pada tugas kita, bekerja untuk parti GRS, untuk rakyat Sabah,” tambahnya.

Mengenai program itu, katanya, program itu merupakan acara tahunan bahagian itu.

Hadir sama, Timbalan Ketua Gagasan Rakyat Likas Muamar Julkarnain, Naib Ketua Dr. Awang Faisal Assyiffa Ag Rahim, Ketua Wanita Haliza Din, Ketua Pemuda Mohd Syahmee Mohd Ron dan Ketua Beliawanis Noor Azee Ashikeen Asngari.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here