Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Data pelancongan: Kiulu dipilih untuk projek perintis
Published on: Tuesday, March 18, 2025
Published on: Tue, Mar 18, 2025
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Data pelancongan: Kiulu dipilih untuk projek perintis
JONISTON (duduk, keempat dari kiri) bersama pengusaha pelancongan Kiulu pada pelancaran projek itu. – Gambar ihsan STB
KIULU: Daerah kecil Kiulu dipilih melaksanakan projek perintis pengumpulan data pelancongan digital bertujuan mengukuhkan usaha pendataan ketibaan pelancong bagi kawasan luar bandar Sabah.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar,  Datuk Joniston Bangkuai berkata inisiatif ini adalah langkah penting mempertingkatkan kaedah pengumpulan, analisis, dan penggunaan data pelancongan yang lebih efektif.

Advertisement
“Pengumpulan data yang tepat penting untuk memahami keadaan sebenar dalam industri pelancongan luar bandar serta berasaskan komuniti dan merangka strategi yang sesuai.

“Dengan pelaksanaan usaha ini, kejayaan projek perintis di Kiulu akan membuka peluang untuk diperluaskan ke daerah lain di Sabah,” katanya dalam kenyataan media.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran aplikasi pengumpulan data pelancongan luar bandar Sabah di Pusat Informasi Pelancongan Kiulu di sini, Isnin.

Joniston, yang juga pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), berkata projek ini selari dengan usaha kerajaan untuk mengintegrasikan teknologi dalam sektor pelancongan luar bandar bagi memastikan ketibaan pelancong dapat direkodkan dengan lebih menyeluruh.

Advertisement
Menurutnya, data terkini yang dikumpul oleh pihak STB dari Januari sehingga November 2024 menunjukkan bahawa 85 pengusaha pelancongan komuniti dari 18 daerah telah menyerahkan data mereka.

Berdasarkan rekod, hanya 269,154 pelawat yang direkodkan mengunjungi produk pelancongan komuniti sehingga November 2024, dengan anggaran pendapatan melebihi RM6.5 juta.

Advertisement
Bagaimanapun, Joniston berkata angka ini mungkin lebih tinggi kerana masih terdapat kawasan yang belum mempunyai sistem pendataan yang komprehensif.

“Projek pendigitalan data ini bukan sahaja dapat mengatasi masalah kekurangan data yang tepat, malah membantu kita mengenal pasti kawasan yang perlu diberi perhatian dan pelaburan untuk memperkembangkan industri pelancongan luar bandar.

“Ia juga membolehkan Lembaga Pelancongan Sabah memahami pola pelancong dengan lebih mendalam dan meningkatkan strategi promosi serta perancangan masa hadapan,” katanya.

Tambah beliau, projek terbabit adalah hasil kerjasama strategik antara STB dan Persatuan Pelancongan Kiulu, dengan aplikasi pengumpulan data ini dibangunkan oleh pihak Datablu.

Kiulu dipilih untuk inisiatif ini kerana ia telah dijadikan projek perintis bagi pembangunan pelancongan luar bandar dan berasaskan komuniti pada 2014 bersama Kadamaian.

Dalam sesi taklimat, Pengarah Datablu, Dharmik Sheth berkata, aplikasi ini dipercayai merupakan inisiatif pertama di Malaysia yang memberi fokus khusus kepada pengumpulan data pelancongan luar bandar berdasarkan pengetahuanya.

“Kiulu, atau Sabah secara keseluruhannya, berpotensi menjadi model untuk diikuti dalam pembangunan pelancongan luar bandar melalui pengumpulan dan pengurusan data yang efektif,” katanya.

Aplikasi ini dibangunkan untuk memudahkan pengusaha pelancongan mengurus aktiviti mereka dengan lebih profesional melalui penjanaan e-resit automatik dan pengurusan aktiviti yang lebih sistematik, antara lain.

Turut hadir, Keua Pegawai Eksekutif STB, Julinus Jeffery Jimit, dan Presiden Persatuan Pelancongan Kiulu, Mejin Maginggow.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here