PENYANYI Sharifah Zarina meneruskan momentum kerjaya seninya dengan menghadiahkan single raya terbaharu berjudul Oohaa Raya.
Lebih istimewa penyanyi yang terkenal menerusi lagu Langit Ketujuh itu turut mengundang anaknya Athalia untuk berkolaborasi secara duet.
Diterbitkan Faithful Music dengan kerjasama Malika Entertainment Oohaa Raya sekaligus disifatkan adalah sebuah lagu raya duet ibu dan anak yang pertama di dalam industri muzik tanah air.
Sharifah Zarina menyifatkan single raya berkenaan merupakan lagu raya yang cukup bermakna kerana ia membawa kisah tentang kehidupan realiti mereka anak-beranak terutama pada saat menyambut Aidilfitri.
Advertisement





