Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Geran tanah untuk 6 kampung di Pintasan tidak lama lagi
Published on: Wednesday, March 19, 2025
Published on: Wed, Mar 19, 2025
By: Noor Zafira Zayn
Text Size:
Text:
Geran tanah untuk 6 kampung di Pintasan tidak lama lagi
Fairuz, yang juga Pembantu Menteri Belia dan Sukan, berkata usaha pengagihan geran tanah telah dimulakan sejak akhir 2023 hingga awal 2024, dengan hampir 400 geran sudah diserahkan kepada penduduk enam kampung tersebut.  
Kota Kinabalu: Penduduk di enam kampung di Pintasan bakal menerima geran tanah setelah menunggu lebih 40 tahun.  

Kampung yang terlibat ialah Kampung Pantai Mas, Kampung Liang, Kampung Tamau, Kampung Kayu Putih, Kampung Pintasan, dan Kampung Tawadakan.  

Advertisement
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pintasan Datuk Fairuz Renddan, berkata usaha merealisasikan aspirasi penduduk telah menjadi inisiatif berterusan sejak beliau menjadi wakil rakyat bagi kawasan itu pada 2020.  

“Saya telah memberi tumpuan kepada isu ini sejak awal 2020 apabila diberi mandat oleh rakyat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Isu ini sudah berlarutan lebih 40 tahun dan tanah kampung yang terlibat dikategorikan sebagai tanah rizab, termasuk rizab ragut. Ini menyukarkan penduduk untuk mendapatkan geran sah. 

“Oleh itu, saya menubuhkan jawatankuasa pelaksana membabitkan pihak berkuasa berkaitan bagi mengkaji prosedur mendapatkan geran tanah untuk penduduk,” katanya dalam sidang media di sini, Isnin.  

Advertisement
Beliau berkata, pasukannya juga mendapati banyak tanah kampung masih berstatus rizab ketika beliau mula menjadi wakil rakyat, sekali gus menyebabkan kesukaran kepada penduduk memohon hak milik tanah mereka.  

“Terdapat tiga rekod pemilikan tanah berbeza di kawasan kampung terlibat, kebanyakannya berkaitan tanah yang dimiliki oleh syarikat luar. Keadaan ini menyulitkan lagi penduduk yang telah menetap di sana, terutamanya apabila pembangunan dilaksanakan kerana mereka tidak menerima sebarang pampasan,” tambahnya.  

Advertisement
“Dari 2020 hingga 2022, status enam kampung ini berjaya diubah dan saya berterima kasih kepada bekas Yang di-Pertua Negeri atas bantuannya,” katanya.  

Fairuz, yang juga Pembantu Menteri Belia dan Sukan, berkata usaha pengagihan geran tanah telah dimulakan sejak akhir 2023 hingga awal 2024, dengan hampir 400 geran sudah diserahkan kepada penduduk enam kampung tersebut.  

“Selepas dua tahun bekerja keras, kami bersyukur kerana akhirnya usaha ini membuahkan hasil. Insya-Allah, baki geran yang belum diselesaikan akan diproses dan diserahkan kepada penduduk, dijangka sekitar Mei atau Jun tahun ini,” tambahnya.  

Fairuz turut berkongsi mengenai pembangunan di kawasan Kadazan, Dusun, dan Murut (KDM) yang menghadapi masalah serupa.  

“Bagi tanah KDM, isunya ialah tanah yang telah lama diduduki penduduk tiba-tiba didaftarkan sebagai milik syarikat berkaitan kerajaan dan individu tertentu,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here