Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Pengorbanan petugas barisan hadapan dihargai
Published on: Wednesday, March 19, 2025
Published on: Wed, Mar 19, 2025
By: Larry Ralon
Text Size:
Text:
Pengorbanan petugas barisan hadapan dihargai
HAJIJI dan pemimpin Sabah yang lain bersama anggota pasukan keselamatan dan petugas kesihatan.
Kota Kinabalu: Kerajaan negeri mengiktiraf kepentingan pasukan keselamatan dan pekerja kesihatan, terutama pengorbanan mereka dalam memastikan keamanan dan ketenteraman awam di Sabah selama ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata petugas barisan hadapan mempertaruhkan nyawa mereka setiap hari untuk melindungi rakyat dan negeri.

Advertisement
Bercakap pada majlis penyampaian kuih muih Hari Raya Aidilfitri kepada barisan hadapan di Menara Kinabalu di sini, Selasa, Hajiji berkata Sabah telah terjejas oleh beberapa bencana alam sejak tahun lalu.

Beliau berkata, awal tahun ini sahaja Sabah dilanda banjir, terutamanya di Kota

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Marudu, Kota Belud, Telupid, Pitas, Beluran, Lahad Datu, Sandakan, Beaufort, Tongod dan Paitan.

“Malah, maklumat terkini dari Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan bahawa fenomena hujan berterusan akan bermula dari 18 Mac hingga 21 Mac di Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung.

Advertisement
“Selain banjir, terdapat juga bencana kebakaran tahun ini di Likas yang mengakibatkan 80 keluarga kehilangan tempat tinggal.

“Semasa bencana ini, petugas barisan hadapan kita, terutamanya badan beruniform, pasukan keselamatan dan petugas kesihatan telah melaksanakan tanggungjawab mereka tanpa mengenal penat lelah untuk menyelamatkan nyawa. Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan,” katanya.

Advertisement
Hajiji berkata penyampaian kuih muih Hari Raya itu sangat bermakna kerana ia menandakan penghargaan Kerajaan Negeri terhadap pengorbanan petugas barisan hadapan.

“Ia menjadi lebih bermakna kerana majlis ini diadakan semasa bulan Ramadan.

Anggaplah sumbangan ini sebagai suatu simbol dari rakyat Sabah bagi menghargai jasa anggota keselamatan dan petugas kesihatan yang bertugas semasa perayaan dan menjadi motivasi untuk terus memberikan perkhidmatan dengan dedikasi,” tambahnya.

Hajiji kemudiannya menerima barang raya yang disumbangkan oleh 33 kementerian, jabatan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebelum menyerahkannya kepada 15 pasukan keselamatan dan pekerja kesihatan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here