Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Golongan muda aset sebenar sastera negara
Published on: Thursday, March 20, 2025
Published on: Thu, Mar 20, 2025
Text Size:
Text:
Golongan muda aset sebenar sastera negara
JASNI (duduk, tengah) bergambar kenangan bersama peserta bengkel.
SANDAKAN: Golongan muda yang berani dan berpotensi mengetengahkan pelbagai isu masyarakat adalah aset sebenar sastera negara, kata Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) Datuk Jasni Matlani.

Katanya, tanpa penglibatan golongan muda dan tanpa usaha proaktif untuk mencungkil bakat mereka dalam bidang ini, sastera negara akan mati tanpa kesinambungan.

Advertisement
“Kita perlu turun ke tengah gelanggang dan membawa anak muda ini bersama-sama menyerlahkan bidang sastera, kerana mereka ini pewaris yang meneruskan kelangsungan sastera negara menjadi bahagian daripada ketamadunan bangsa dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap membimbing pelajar dan guru Sekolah St Mary’s Sandakan, pada program bengkel penulisan kreatif puisi esei dan cerpen, bersempena Festival Sastera dan Puisi Esei Antarabangsa Sabah Ke-4 2025 anjuran Bahasa, di sini, Sabtu lepas.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Turut hadir, Timbalan Presiden Bahasa Siti Rahmah G Ibrahim, Naib Presiden Bahasa Juri Durabi dan Pengerusi Bahasa Cawangan Sandakan Sante Villiamon.

Jasni yang juga Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia berkata, pemegang taruh sastera juga perlu melibatkan golongan muda dalam bidang tersebut kerana sastera turut mendidik mereka menjadi generasi muda yang berani, berfikiran positif dan berbudi.

Advertisement
Katanya, dalam banyak keadaan dan susur galur sejarah sastera yang panjang, terbukti bahawa sastera banyak berperanan dan penting dalam mengetengahkan pelbagai isu pembangunan untuk diketahui rakyat, seterusnya menyatukan pelbagai kaum. 

“Ini baik untuk perkembangan kognitif generasi muda.

Advertisement
“Malah, kita memiliki kekayaan berkaitan dengan kearifan tempatan yang boleh dikongsi bersama dengan masyarakat global. Apatah lagi Kota Kinabalu kini sedang dinilai sebagai kota sastera dunia oleh Unesco,” katanya.

Justeru itu, Jasni berkata semua perkembangan ini sangat signifikan serta memerlukan penglibatan dan sumbangan generasi muda sebagai generasi pelapis kepimpinan masa depan negara.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here