Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
40 peratus penyandang Umno/BN kekal
Published on: Thursday, March 20, 2025
Published on: Thu, Mar 20, 2025
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
40 peratus penyandang Umno/BN kekal
Suhaimi berkata, calon baharu termasuk golongan muda dan wanita juga akan diketengahkan pada PRN17 itu kelak.
SANDAKAN: Sebanyak 40 peratus penyandang wakil rakyat Barisan Nasional (BN)/Umno akan dikekalkan dalam pilihan raya negeri ke-17 (PRN17) akan datang.

Ketua Penerangan Umno Sabah, Datuk Suhaimi Nasir berkata, calon baharu termasuk golongan muda dan wanita juga akan diketengahkan pada PRN17 itu kelak.

Advertisement
Jelasnya, Umno/BN juga menetapkan ia tidak akan bertanding solo pada PRN itu seperti yang diumumkan Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, baru-baru ini.

Suhaimi yang juga Ahli Parlimen Libaran menjawab soalan media berhubung ketetapan Umno/BN yang tidak akan bertanding secara solo pada PRN17.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau ditemui pada Program Nuzul Al-Quran dan Himpunan Sekolah Tahfiz Pondok Parlimen Libaran 2025, anjuran Pusat Khidmat Rakyat Libaran bersama Biro Agama Umno Bahagian Libaran dengan kerjasama Masjid Darul Aman, Gum-Gum, Batu 16 yang diadakan di masjid itu pada Selasa. Hadir sama, Adun Sungai Manila, Datuk Mokran Ingkat.

Pada majlis itu, beliau juga menyampaikan sumbangan kepada 685 pelajar melibatkan 12 Sekolah Tahfiz dan Pondok dalam kawasan Parlimen Libaran serta 37 pengerusi masjid dan 18 surau dalam kawasan itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here