Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Santan dalam SHMMP Aidilfitri 15 hari bermula 24 Mac
Published on: Thursday, March 20, 2025
Published on: Thu, Mar 20, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Santan dalam SHMMP Aidilfitri 15 hari bermula 24 Mac
Armizan berkata harga maksimum runcit bagi santan yang sebelum ini RM22 sekilogram, kini akan dikawal pada RM17.50 sekilogram di Semenanjung, Labuan (RM15), Sabah (RM12) dan Sarawak (RM9).
PUTRAJAYA: Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Aidilfitri 2025 melibatkan 26 barangan akan dilaksanakan selama 15 hari bermula 24 Mac hingga 7 April.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata empat barangan ditambah dalam skim berkenaan tahun ini iaitu bawang merah kecil India, bawang merah kecil India (ros), lobak merah dan santan.

Advertisement
“Kita perlu juga masukkan santan dalam program skim harga ini kerana kita khuatir walaupun bekalan agak stabil, menjelang Syawal nanti akan berlaku peningkatan harga. 

“Jadi mahu tidak mahu kita rundingkan dan alhamdulillah pihak yang berkaitan akhirnya bersetuju supaya santan dimasukkan dalam skim ini,” katanya pada sidang media pengumuman SHMMP sempena Aidilfitri 2025 di sini, Rabu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Armizan berkata harga maksimum runcit bagi santan yang sebelum ini RM22 sekilogram, kini akan dikawal pada RM17.50 sekilogram di Semenanjung, Labuan (RM15), Sabah (RM12) dan Sarawak (RM9).

Beliau berkata barangan lain di bawah skim itu ialah daging lembu tempatan kecuali daging batang pinang, daging lembu import, daging kerbau import, ikan kembung, ikan selayang, ikan tongkol dan ikan demuduk.

Advertisement
Barangan lain termasuk tomato, cili merah, kubis bulat import, kacang panjang, timun, sawi hijau, halia tua import, bawang besar merah import, bawang besar kuning, bawang putih China, bawang kecil merah India, ubi kentang import, cili kering keriting, kacang tanah, kelapa biji dan kelapa parut.

“Tahun lepas kita menghadapi masalah pembekalan yang amat besar apabila antaranya India melaksanakan sekatan eksport. Alhamdulillah, dua jenis bawang ini dapat dimasukkan untuk skim SHMMP Aidilfitri 2025,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata pelaksanaan SHMMP sempena Aidilfitri tahun ini adalah bersesuaian bagi menjamin suatu tempoh yang wajar dan mewujudkan situasi menang-menang kepada pengguna dan komuniti peniaga. 

Pengguna katanya dapat menikmati harga yang berpatutan dan peniaga pula tidak tertekan dengan tempoh masa pelaksanaan yang terlalu lama.

Armizan berkata penguatkuasaan harga kawalan itu akan dipantau oleh pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang ditugaskan bagi melakuakan pemantauan di pasar awam, pasar tani dan pusat beli-belah untuk memastikan peniaga mematuhi peraturan ditetapkan.

Mana-mana peniaga yang didapati gagal mematuhi skim itu, katanya boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here