Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Bekalan air Putatan, Kota Kinabalu lebih stabil Mei
Published on: Thursday, March 20, 2025
Published on: Thu, Mar 20, 2025
By: Larry Ralon, Rahim Matnin
Text Size:
Text:
Bekalan air Putatan, Kota Kinabalu lebih stabil Mei
HAJIJI (tengah) menyampaikan kunci replika kepada salah seorang daripada 15 penerima Rumah Mesra SMJ, sambil diperhatikan Shahelmey (kedua, kiri) dan Arifin (kedua, kanan).
PUTATAN: Bekalan air ke kawasan Putatan dan selatan Kota Kinabalu dijangka lebih stabil sebaik Skim Bekalan Air Segera (UWSS) Kasigui, berkapasiti lima juta liter sehari, siap Mei ini.

Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata projek UWSS Kasigui sedang dalam pembinaan.

Advertisement
“Ini antara inisiatif pembangunan yang sedang berjalan dan akan dilaksanakan di daerah ini, termasuk projek perumahan, bekalan air dan pembangunan infrastruktur lain,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di pekarangan Masjid Daerah Putatan, Rabu.

Hadir sama, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Shahelmey, yang juga Adun Tanjung Keramat berkata, dua lagi projek infrastruktur utama sedang dijalankan – Mahkamah Anak Negeri Daerah Putatan yang dijangka siap hujung tahun ini, dan bangunan baharu Majlis Daerah Putatan, yang kini memasuki fasa pembinaan.

“Sejak 2022, sebanyak 61 rumah di bawah program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) telah siap dan diduduki penerima layak, manakala 40 unit baharu akan dibina tahun ini.

Advertisement
“Dalam usaha mempertingkat kemudahan perumahan, Kerajaan Negeri turut menyokong permohonan pembinaan 1,000 unit rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Malaysia (PRM) di Lok Kawi.

“Cadangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lok Kawi National juga dijangka dibina tahun ini atau selewat-lewatnya tahun depan,” katanya.

Advertisement
Shahelmey, yang juga Ahli Parlimen Putatan, berharap lebih banyak balai raya akan dibina bagi memenuhi permintaan tinggi terhadap kemudahan tersebut.

“Pada masa ini, Dewan Seri Putatan sering ditempah penuh, manakala beberapa dewan lain masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan penduduk,” katanya.

Beliau berkata kepadatan penduduk yang tinggi di Putatan memerlukan lebih banyak rumah mampu milik, termasuk tambahan unit di bawah program Rumah Mesra SMJ. Bagaimanapun, kekangan tanah kekal sebagai cabaran utama dalam melaksanakan projek-projek ini.

Beliau berharap Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk memperuntukkan 100 unit Rumah Mesra SMJ untuk ramai yang memerlukannya di daerah ini.

Beliau turut menegaskan perlunya kajian semula sistem perparitan di Putatan bagi menangani isu banjir kilat yang kerap menjejaskan kawasan perumahan dan kampung.

Shahelmey merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri atas komitmen mereka membangunkan Putatan.

Sebelum berbuka puasa, Ketua Menteri menyampaikan bakul makanan sumbangan Pusat Zakat Sabah kepada 75 individu kurang berkemampuan di daerah ini.

Hajiji turut menyerahkan kunci replika kepada 15 penerima Rumah Mesra SMJ di DUN Tanjung Keramat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here