Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Ancaman tanah runtuh, pokok tumbang
Published on: Friday, March 21, 2025
Published on: Fri, Mar 21, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Ancaman tanah runtuh, pokok tumbang
SALAH satu kejadian pokok tumbang di sini.
SANDAKAN: Orang ramai diingatkan untuk sentiasa berwaspada susulan hujan berterusan yang mengakibatkan kejadian banjir, tanah runtuh dan pokok tumbang di kawasan Karamunting sejak beberapa hari lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin, berkata pihaknya menerima beberapa laporan berkaitan, termasuk empat kejadian tanah runtuh, empat pokok tumbang dan dua kes banjir di kawasan berkenaan.

Advertisement
“Pasukan saya, iaitu Task Force Team Adun Karamunting, turun padang selama dua hari untuk meninjau kawasan terjejas dan menyerahkan bantuan kewangan kepada dua keluarga yang paling terkesan akibat bencana ini,” katanya.

Menurut laporan pasukan itu, kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang dilaporkan berlaku di Jalan Wong Kon Sung, Jalan Cecily, Kampung Gelam Bukit, jalan dari Cecily ke Bandar Indah serta kawasan berhampiran Tanah Perkuburan Cecily.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Salah satu insiden membabitkan sebatang pokok besar yang tumbang lalu menghempap sebuah rumah kayu di Kampung Gelam Bukit, namun penghuni rumah itu dilaporkan selamat. Kejadian pokok tumbang lain turut berlaku di Jalan Seng Kee dan kawasan PPR Karamunting.

George berkata, pelbagai agensi bertindak pantas bagi kerja pembersihan dan pemulihan kawasan terjejas, termasuk Jabatan Kerja Raya, Sabah Electricity Sdn Bhd (SE), Telekom, Majlis Perbandaran Sandakan, Angkatan Pertahanan Awam, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta ketua kampung.

Advertisement
Beliau turut menegaskan komitmennya untuk terus bekerjasama dengan pihak berkaitan bagi menangani isu keselamatan dan bencana di kawasan itu.

“Kita akan terus memantau situasi dan memastikan tindakan segera diambil untuk membantu penduduk yang terjejas, termasuk mengenal pasti kawasan berisiko tinggi bagi mengelakkan kejadian berulang,” katanya.

Advertisement
Beliau menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada sepanjang musim hujan dan segera melaporkan sebarang risiko keselamatan kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here