Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kuskop sedia pelbagai inisiatif bantu usahawan Sabah, Sarawak: Ewon
Published on: Saturday, March 22, 2025
Published on: Sat, Mar 22, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Kuskop sedia pelbagai inisiatif bantu usahawan Sabah, Sarawak: Ewon
EWON (kanan) mempamerkan produk perniagaan Kokinapro dalam program pelaburan simpanan emas di majlis itu.
PENAMPANG: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) sentiasa komited mewujudkan pelbagai insentif bersesuaian keperluan usahawan serta koperasi di Sabah dan Sarawak di bawah Kerajaan MADANI. 

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, antaranya Skim Pembiayaan Usahawan Tamu (SPUT), Skim Pembiayaan Industri Kraf di bawah TEKUN Nasional dan Projek Premis Tamu Desa.

Advertisement
“Ini termasuk Geran Usahawan serta Bumiputera Sabah dan Sarawak (BEEP Plus) yang merupakan pembiayaan di bawah SME Corp dan Bantuan Pembangunan Koperasi di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). “Melalui penyediaan pelbagai insentif oleh Kuskop, akan membantu usahawan/koperasi di Sabah dan Sarawak memulakan atau mengembangkan perniagaan.

“Saya juga berharap agar semua agensi Kuskop di Sabah mewar-warkan perkhidmatan disediakan ini supaya sampai ke peringkat akar umbi,” katanya selepas merasmikan Kedai Emas Koperasi Kinabalu Progresif Sabah Kokinapro, di sini, Khamis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hadir sama Pengerusi Kokinapro Datuk Donald Peter Mojuntin; Ketua Pegawai Eksekutif Kedai Emas Progresif Low Yuen Cheong @ Adrian dan para pemimpin setempat.

Ewon berkata, SKM juga ada menyediakan kemudahan pembiayaan sehingga RM300 di bawah Geran Bantuan Pembangunan Koperasi dan RM30 juta di bawah Pembiayaan Tabung Modal Pusingan SKM (TMPSKM).

Advertisement
Ahli Parlimen Penampang itu turut yakin koperasi dapat memainkan peranan penting dalam membangunkan ekonomi dan sosial masyarakat dengan sokongan kerajaan serta kerjasama semua pihak, 

“Kuskop akan sentiasa bertindak proaktif untuk melaksanakan pendekatan yang terbaik untuk usahawan, koperasi, penjaja dan peniaga kecil di negara ini,” katanya.

Advertisement
Dalam perkembangan berkaitan, Ewon menyambut baik usaha Kokinapro Berhad sebagai koperasi pertama di Penampang yang terlibat dalam perniagaan emas yang mampu memberi pulangkan lumayan.

Pada masa sama, beliau turut berharap inisiatif koperasi berkenaan dapat menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi koperasi setempat.

“Selain pulangan lumayan, perniagaan emas juga dilihat sebagai pelaburan paling selamat dan teguh seperti mana hari ini kita lihat harga pasaran emas kian meningkat dari masa ke semasa.

“Ia juga satu peluang perniagaan yang boleh diceburi oleh koperasi selain Kedai Ar-rahnu, sekaligus dapat memberikan pulangan tinggi,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here