Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
‘Muktamadkan keputusan tuntutan 40 peratus 30 Jun ini’
Published on: Saturday, March 22, 2025
Published on: Sat, Mar 22, 2025
By: Nora Ahmad
Text Size:
Text:
‘Muktamadkan keputusan tuntutan 40 peratus 30 Jun ini’
Jeffrey, yang juga Presiden Star, berharap mesyuarat itu nanti akan disertakan dengan maklum balas daripada kerajaan pusat terhadap data yang telah dikemukakan.
Kota Kinabalu: Kerajaan Persekutuan digesa memuktamadkan keputusan mengenai tuntutan 40 peratus hasil dari Sabah dalam mesyuarat khas yang dijadualkan pada 30 Jun ini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, Kerajaan Negeri telah berulang kali meminta data berkaitan tuntutan tersebut, namun sehingga kini masih belum menerimanya.

Advertisement
Menurutnya, keengganan pihak berkenaan memberikan data itu menyebabkan mereka terpaksa mengambil inisiatif mengumpulkan data tersebut serta dihantar kepada kerajaan pusat.

“Sekarang kita minta Kerajaan Persekutuan supaya memuktamadkan dan buat keputusan, kerana kita telah minta angka-angka atau data daripada mereka tetapi tidak diberikan walaupun sudah 13 kali diminta.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita tidak mahu menunggu lagi, kita harus proaktif. Jadi, kita telah mengambil inisiatif untuk mengumpul data-data ini dan data itulah kita hantar kepada Kerajaan Persekutuan melibatkan angka bernilai berbilion ringgit.

“Dalam mesyuarat terakhir Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (JKTMTPMA63) yang berlangsung minggu lalu, kita telah mencadangkan supaya diadakan satu mesyuarat khas bagi memuktamadkan isu 40 peratus ini pada 30 Jun di Sabah, dan mesyuarat itu telah pun dipersetujui,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pembukaan Pejabat Bahagian Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Luyang, di sini, pada Jumaat.

Jeffrey, yang juga Presiden Star, berharap mesyuarat itu nanti akan disertakan dengan maklum balas daripada kerajaan pusat terhadap data yang telah dikemukakan.

Advertisement
“Kita bincang sekiranya tidak ada persetujuan, kita boleh melantik penaksir bebas untuk membuat keputusan.

“Jadi, kita tidak mahu hanya menerima bayaran interim sahaja, walaupun nilainya sudah meningkat kepada RM600 juta tetapi ia hanya bayaran interim sementara menunggu keputusan untuk penyelesaian 40 peratus itu.

“Saya yakin kita akan mendapat sesuatu kerana inilah yang rakyat tunggu-tunggu, sebab inilah nadi pembangunan kita. Kalau kita dapat, kita boleh membangunkan negeri kita dengan lebih cepat serta menyelesaikan masalah kita dengan lebih efisien dan efektif,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here