Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Banjir: KPWKM belum ada keperluan mohon peruntukan tambahan
Published on: Sunday, March 23, 2025
Published on: Sun, Mar 23, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Banjir: KPWKM belum ada keperluan mohon peruntukan tambahan
KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak bercadang untuk memohon peruntukan tambahan bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri-negeri yang terjejas dengan bencana tersebut ketika ini.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata bantuan keperluan asas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diletakkan di dalam depo simpanan seluruh negara setakat ini sudah mencukupi sekiranya bencana sedemikian berlaku secara tiba-tiba. 

Advertisement
“Setakat ini belum ada keperluan untuk peruntukan tambahan bagi banjir, dan sekiranya perlu kita akan bawa ke Kabinet atau saya mohon kepada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.

“Kita tidak boleh jangka bila waktunya bencana melanda, tapi kita memang sudah ada dana bantuan.. Jadi sebab itu bila tiba bencana yang tak dijangka macam sekarang, kita tak ada banyak masalah,” katanya dalam sidang media Program Sinar Syawal YKN 2025, di sini, hari ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata jumlah pegawai JKM yang bertugas di pusat pemindahan sementara (PPS) juga mencukupi, khususnya dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti. 

Beliau berkata pegawai JKM yang tidak menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri nanti akan bertugas di PPS yang ditetapkan.

Advertisement
“Saya juga masih belum menerima apa-apa laporan dari segi kekurangan pegawai di pusat pemindahan sementara (PPS)… kalau sebelum ini, sekiranya pegawai tambahan diperlukan kita akan hantar (pegawai) daripada negeri lain, negeri yang tidak menghadapi banjir - itu cara kita,” katanya. 

Setakat pagi tadi situasi banjir di Johor, Sabah dan Sarawak menyaksikan jumlah keseluruhan mangsa yang ditempatkan di PPS mencatatkan penurunan kepada 8,274 orang, berbanding 9,218 petang semalam.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here