KUMPULAN Exists dan Slam bukanlah nama asing dalam industri seni tanah air. Sebagai menghargai penggemar mereka dua kumpulan gergasi inu bakal bergabung di atas pentas konsert yang diberi nama Slam X Exists Our Journey.
Dianjurkan SS Karya Venture dan Republic Mokhmah Records konsert yang berlangsung di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada 26 Julai hadapan itu disifatkan bukan sebuah persembahan biasa.
Sebaliknya Slam X Exists Our Journey adalah sebuah perjalanan panjang daripada dua buah grup legenda tanah air di dalam arena muzik sekaligus membina reputasi sehingga berdekad lamanya.
Menyingkap sedikit perjalanan Slam dan Exists kedua-dua kumpulan itu sendiri mempunyai ‘pertalian’ sejak awal penubuhan.
Advertisement





