Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Jabatan Kastam kutip cukai tertinggi RM65.57 juta tahun lalu
Published on: Tuesday, March 25, 2025
Published on: Tue, Mar 25, 2025
Text Size:
Text:
Jabatan Kastam kutip cukai tertinggi RM65.57 juta tahun lalu
MUSA (tengah) menerima buku terbitan JKDM daripada Anis (kedua dari kiri), sambil disaksikan Saidin (kedua dari kanan).
Kota Kinabalu: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mencatatkan kutipan hasil cukai tidak langsung sebanyak RM65.57 bilion pada 2024, melebihi sasaran asal RM56 bilion yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan. 

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin @ Zainuddin berkata kejayaan itu didorong oleh kerjasama erat antara JKDM dan agensi-agensi Kerajaan Sabah dalam memperkukuh fasilitasi perdagangan dan pemantauan hasil cukai. 

Advertisement
“Salah satu faktor kejayaan ini adalah hubungan baik dengan kerajaan negeri Sabah serta agensi berkaitan yang banyak membantu dalam aspek kutipan hasil dan penguatkuasaan,” katanya sejurus mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pada Isnin. 

Menurutnya, JKDM menyusun strategi lebih berkesan bagi mempertingkatkan penguatkuasaan, khususnya dalam membanteras aktiviti penyeludupan di negeri itu. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sabah mempunyai keluasan yang besar serta bersempadan dengan negara jiran seperti Indonesia dan Filipina. Ini memberi cabaran kepada pihak Kastam, namun kami akan terus memperkukuhkan kawalan dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan,” jelas Anis.

Tambahnya, sepanjang dua bulan pertama tahun ini, JKDM Sabah mencatatkan peningkatan lebih 10 peratus dalam aktiviti penguatkuasaan dan usaha ini akan terus dipertingkatkan bagi mengekang sebarang ketirisan hasil negara. 

Advertisement
Dalam kunjungan hormat itu, Anis yang diiringi Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Saidin Jalaludin turut bertukar pandangan dengan Tun Musa berkaitan pengurusan tata kelola yang baik terutama kepentingan ketelusan, kecekapan serta integriti dalam pentadbiran dan pengurusan hasil.

Anis mencipta sejarah apabila dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam wanita pertama bermula 25 September 2023 hingga kini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here