Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Op Bazar Ramadan: 279 premis diperiksa, tujuh dikompaun
Published on: Tuesday, March 25, 2025
Published on: Tue, Mar 25, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
 Op Bazar Ramadan: 279 premis diperiksa, tujuh dikompaun
SALAH satu gerai yang diperiksa semasa operasi.
SANDAKAN: Sebanyak 279 premis diperiksa oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan sepanjang Operasi Bazar Ramadan 2025 dari 3 Mac sehingga 21 Mac. 

Menurut Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan, Dr Mohd Faiz Gahamat, pemeriksaan tersebut dilakukan di Bazar Bandar Sandakan, Bazar Batu 8, Bazaar Taman Mawar, Bazar Bataras dan Bazar Sejati Walk. 

Advertisement
Mohd Faiz berkata penguatkuasaan Operasi Bazar Ramadan itu mencatatkan perkembangan positif apabila jumlah notis kompaun yang dikeluarkan menunjukkan penurunan ketara berbanding tahun sebelumnya.

“Sebanyak 279 pemeriksaan premis dijalankan sepanjang operasi ini, dengan hanya tujuh notis kompaun dikeluarkan kepada peniaga dan pengendali makanan atas pelbagai kesalahan kebersihan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Antara kesalahan dikesan adalah gagal menyimpan rekod suntikan tifoid oleh majikan, yang melanggar Peraturan 11(1)(c) di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Satu notis kompaun dikeluarkan bagi kesalahan ini.

“Selain itu, enam notis kompaun dikenakan terhadap pengendali makanan kerana tidak memakai pakaian pelindung diri seperti apron dan kasut, melanggar Peraturan 32(1)(b) di bawah peraturan yang sama,” katanya. 

Advertisement
Mohd Faiz berkata, penurunan jumlah notis ini berbanding 14 notis kompaun yang dikeluarkan tahun lepas, menunjukkan kesedaran semakin tinggi dalam kalangan peniaga bazar Ramadan terhadap aspek kebersihan dan pematuhan peraturan makanan.

“Operasi pemeriksaan akan diteruskan sepanjang bulan Ramadan bagi memastikan keselamatan makanan dan kesejahteraan pengguna terus terpelihara. 

Advertisement
“Peniaga dan pengendali makanan juga disaran untuk sentiasa mematuhi garis panduan kebersihan yang ditetapkan bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan lebih tegas,” tambahnya. 

Sementara itu, beliau menyarankan orang awam untuk melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan sekiranya makanan yang dibeli tercemar. 

“Hal ini penting untuk membantu pejabat ini mengesan lebih awal bagi mengelakkan berlakunya keracunan makanan di daerah ini,” jelasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here