Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Simpang Mengayau lokasi sesuai untuk balai cerap: YB
Published on: Tuesday, March 25, 2025
Published on: Tue, Mar 25, 2025
By: Patimang Abdul Ghani
Text Size:
Text:
Simpang Mengayau lokasi sesuai untuk balai cerap: YB
Surau Nur Iman.
KUDAT: Simpang Mengayau diyakini sesuai dijadikan lokasi pembinaan balai cerap sekali gus pusat pembangunan ilmu falak baharu di negeri ini, kata Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam.

Ruslan berkata, cadangan tersebut akan mewujudkan satu lagi balai cerap sebagai tambahan kepada balai cerap sedia ada di negeri ini iaitu Balai Cerap Al-Biruni yang terletak di Putatan. 

Advertisement
Menurut Ruslan, jika dapat direalisasikan, Simpang Mengayau bukan sahaja dikenali sebagai titik paling utara Borneo, tetapi juga sebagai pusat rujukan ilmu falak dan balai cerap di Sabah.

“Berdasarkan lokasi, Simpang Mengayau ini merupakan kedudukan strategik menghadap luas ke arah langit dan jauh dari pencemaran cahaya bandar.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ia amat sesuai untuk cerapan anak bulan dan kajian astronomi bagi penentuan kalendar Islam selain berpotensi dijadikan pusat pendidikan falak yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar, penyelidik, dan masyarakat,” katanya.

Ruslan berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jelajah Santunan Kasih Ramadhan di Surau Nur Iman, Tanjung Simpang Mengayau, Kudat di sini pada Ahad.

Advertisement
Ruslan berkata, beliau telah meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) Kudat untuk menyediakan kertas kerja bagi mengkaji lebih mendalam berhubung cadangan tersebut sebelum dibawa ke peringkat negeri. 

Terdahulu, Ruslan menyempurnakan perasmian Surau Nur Iman, Tanjung Simpang Mengayau dan menyantuni golongan asnaf menerusi program Santunan Kasih Ramadan bagi Daerah Kudat.

Advertisement
Ruslan juga menekankan kepentingan masjid dan surau sebagai pusat ibadah serta perpaduan umat Islam yang bukan sekadar tempat solat, tetapi mempunyai peranan besar dalam pembangunan masyarakat.

“Sejarah telah membuktikan bahawa masjid adalah pusat perkembangan ilmu, pusat perpaduan dan tempat masyarakat mencari penyelesaian kepada pelbagai isu kehidupan.

“Selain itu, masjid memainkan peranan dalam melahirkan generasi yang berilmu dan berakhlak, kerana ianya menjadi pusat pendidikan dan tarbiah umat Islam. 

“Seharusnya, institusi masjid dimartabatkan dengan pengurusan yang baik, proaktif, dan mengadakan program-program berterusan, serta kepimpinan istiqamah dan dinamik,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here