Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Maritim tingkat usaha tangani jenayah rentas sempadan menjelang Aidilfitri
Published on: Tuesday, March 25, 2025
Published on: Tue, Mar 25, 2025
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Maritim tingkat usaha tangani jenayah rentas sempadan menjelang Aidilfitri
SHAHRIZAN mengetuai pasukannya menjalankan pemeriksaan dokumen juragan dan penumpang bot yang menuju ke Pulau Sebatik dari bandar Tawau.
TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Tawau meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan di perairan perbatasan negara menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri menerusi Ops Pagar Laut 1/ 2025 untuk menangani jenayah rentas sempadan.

Operasi khusus sempena musim perayaan itu disifatkan langkah penting membendung pergerakan aktiviti penyeludupan, yang lazimnya bertambah drastik setiap kali sambutan musim Ramadan dan Aidilfitri, terutama di kawasan titik panas.

Advertisement
Pengarah Zon Maritim Tawau Kepten (M) Shahrizan Raman berkata kawalan keselamatan dan operasi di perairan negara akan semakin ditingkatkan, terutama sekitar Pulau Sebatik, yang menjadi salah satu pintu sempadan utama antara Malaysia dan Indonesia.

“Kita percaya lebih dekat sambutan hari raya, semakin banyak barang kita yang akan dibawa keluar ke negara jiran.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Justeru dalam operasi khas ini, kira-kira 30 pegawai dan anggota kita bertugas 24 jam setiap hari,” katanya, semasa ditemui media di sini, pada Ahad.

Shahrizan berkata kesiapsiagaan Maritim Tawau dalam operasi itu juga diperkuatkan dengan aset sebuah kapal dan dua bot sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Advertisement
Beliau turut percaya usaha sindiket penjenayah rentas sempadan akan bertambah licik dengan pelbagai taktik untuk menyeludup barangan kawalan dan larangan ke sempadan negara.

“Kita memberikan fokus terhadap barang-barang yang lazimnya menerima permintaan tinggi ketika raya seperti beras, gula dan minyak masak selain mercun dan bunga api,” katanya.

Advertisement
Mengulas lanjut, beliau berkata semenjak 10 Mac lepas juga pasukannya berhasil menjalankan 189 pemeriksaan dengan rekod empat kes rampasan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. 

“Keempat-empat kes rampasan itu dianggarkan bernilai lebih RM400,000 dan kebanyakannya melibatkan beras, gula dan minyak masak yang disyaki untuk permintaan persiapan raya.

“Sebenarnya trend pergerakan penyeludupan barang-barang ini sudahpun bermula sebelum Ramadan apabila didapati situasi kekurangan bekalan terbabit di pasaran tempatan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here